Resepi mudah yang tak payah fikir lebih-lebih kalau masak lauk ini. Iaitu ikan sardin masak kicap black pepper yang sentiasa rasa sedap dan lazat. Nak masaknya pun mudah sangat. Makan pun sedap, siap bertambah-tambah nasi di pinggan apabila ada lauk ikan sardin masak kicap black pepper ini. Zaman ekonomi melecet teruk dulu inilah lauk mewah kami sekeluarga tau.
Ikan Sardin Masak Kicap Black Pepper Sedap |
Resepi ni hampir sama saja apabila di buat bersama telur, ayam atau daging. Semuanya itu boleh di belasah buat masak kicap black pepper ini. Sedap saja dengan bahan atau cara apa pun. Janji pasti boleh mengenyangkan perut... sudah!
Kali ini buat menggunakan ikan sardin segar. Goreng dulu ikannya sehingga garing dan barulah di buat sambal kicap black peppernya. Curah sambal atas ikan goreng itu. Menjadilah lauknya yang sesuai di santap waktu tengahari atau malam. Jadi juadah bersahur pun boleh juga. Sedapp..!
Ikan Sardin Masak Kicap Black Pepper Sedap
Bahan-bahan:
4 ekor ikan sardin
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Seinci halia
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan pes asam jawa
3 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
Air secukup yang di perlukan
Minyak masak secukupnya.
Cara:
Ikan di bersihkan dan di potong dua. Seterusnya di goreng garing. Ketepikan. Bawang besar di hiris kasar, Bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam di tumbuk lumat.
Panaskan periuk atau kuali bersama sedikit minyak masak. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan kekuningan sedikit. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan pes asam jawa dan sedikit air.
Seterusnya tumis lagi sehingga memdidih dan masukkan kicap pekat dan bawang besar. Waktu ini agak-agaklah nak kuah banyak atau kuah yang pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau-kacau sekejap, bolehlah di angkat.
Curahkan sambal kicap black pepper ke atas ikan sardin goreng. Dah siap ikan sardin masak kicap black pepper yang sedap dan lazat untuk di hidangkan seisi keluarga.
Resepi ini tentunya di sukai anak-anak yang amat menyukai kicap. Sejenis yang kalau tak ada kicap waktu makan, tak sah nak makan diorang ini... hahaha!
Nak resepi lagi.... klik SINI yer!
p/s: En. suami saja yang kurang menyukai lauk kicap sebegini. Tapi bila sudah selalu di hidangkan, sudah lali dia dan boleh terima dah... hihi!
No comments:
Post a Comment