06 May 2019

DIABETES I Bolehkah Pesakit Diabetes Berpuasa?

Pesakit diabetes di ketahui umum sebagai berisiko tinggi kekurangan gula dalam darah apabila berpuasa. Berlebihan gula dalam darah pun sangat mesti di elakkan. Apabila kita berpuasa, kira-kira lapan jam selepas kali terakhir makan, badan akan mula menggunakan simpanan tenaga untuk memastikan tahap gula dalam darah normal. Untuk orang lain ia perkara normal dan tidak membahayakan tapi berlainan pada pesakit diabetes. Berpuasa boleh meningkatkan risiko hipoglisemia dan dehidrasi.

DIABETES I Bolehkah Pesakit Diabetes Berpuasa?
DIABETES I Bolehkah Pesakit Diabetes Berpuasa?

Risiko berpuasa pada setiap individu pesakit diabetes adalah berlainan. Asalkan kandungan gula dalam darah terkawal serta mendapat nasihat daripada doktor sebelum berpuasa. Pada tahap normal, insulin mempunyai peranan untuk mengatur kadar gula dalam darah. Iaitu sekitar 4 – 6 mmol/l dalam keadaan puasa. Dan di bawah 8 mmol/l pada dua jam sesudah makan.



Keadaan penyakit diabetes berlaku kerana organ pankreas dalam badan kurang menghasilkan insulin atau badan tidak dapat menggunakan glukos dengan berkesan. Ini yang menyebabkan paras gula dalam badan akan meningkat. 

DIABETES I Bolehkah Pesakit Diabetes Berpuasa?


Berikut cara mengambil ubat untuk pesakit diabetes dari jenis pil di bulan puasa :

- Bagi ubat yang perlu dimakan 2 kali sehari sebelum makan, ambil sekali 30 minit sebelum sahur. Dan kali kedua ubat dimakan selepas buka puasa dengan kurma. Dan makan selepas 30 minit kemudian.

-Dan akhir sekali , bagi ubat yang perlu dimakan selepas makan, ambil sekali selepas sahur. Dan sekali lagi selepas berbuka puasa.

Berbeza pula cara mengambil ubat untuk pesakit diabetes dari jenis suntikan insulin adalah seperti berikut :

- Bagi Insullin yang perlu disuntik sehari sekali, boleh diambil selepas buka puasa atau sebelum tidur.

- Bagi suntikan insullin extrepen ,mixstod ianya perlu disuntik sewaktu berbuka puasa dengan kurma dan sebelum sahur dan makan serta 15 – 30 minit kemudian sebelum.

- Insullin extrepen ,di suntik 2 kali sehari di bulan puasa

- Akhir sekali bagi contoh insullin Humalog , Novorapid , Novomix

- Anda boleh mulakan makan malam dengan segera 2 kali sehari semasa sahur dan sewaktu berbuka puasa

Dalam masa anda menjalani rawatan diabetes, anda perlu tahu yang anda mungkin menghadapi hipoglisemia iaitu (tahap glukos rendah dalam darah) dalam keadaan ini anda perlu mengambil makanan atau minuman yang manis untuk memulihkan keadaan

Tanda dan gejala hipoglisemia ialah :

* Berpeluh sejuk / berpeluh banyak
* Menggeletar
* Letih dan lesu
* Perubahan tingkahlaku / tidak sedar diri
* Aras glukos rendah semasa pemantauan sendiri menggunakan glukometer

Biasanya jika seseorang tidak makan atau kurang makan selepas mengambil insullin kejadian hypo akan berlaku. Apa perlu dilakukan?

Sentiasa bersedia dengan gula-gula. Bila rasa hypo, makan gula-gula atau minum air bergula. Elakkan terus makan roti atau nasi kerana ianya lambat diserap dan di proses menjadi gula.

Sesungguhnya amalan puasa boleh membantu kekalkan gula di dalam darah hingga mencapai kadar optimum malah Rasullah s.aw mengingatkan umat nya dalam hadis riwayat imam tarbarni dari abu hurairah bermaksud berpuasa lah kamu nescaya kamu sihat.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi terkini, klik SINI

p/s: Ingat-mengingati untuk para pesakit diabetes macam aku. Alhamdulillah, diabetes aku di tahap terkawal, boleh puasa seperti biasa.

#sumber myhealth.gov.my

2 comments:

  1. wahh, thanks for sharing :)

    https://ailya-saffaa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. mak SA kencing manis dan mmg cucuk insulin..dpt puasa 4 hari je..2 ari ni dia kurang sihat

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...