Aku sekarang tiada mood nak menulis blog ini. Cuma sedikit nak cerita awal ramadan 2019 ini. Ini adalah ramadan terakhir kami di rumah atas kayangan ini. Tahun depan kami akan berpuasa di rumah baru yang pastinya di atas bumi yang rata tapi bukan berbukit-bukau. Cerita awal ramadan kali ini pada aku terlalu hambar, cuma yang menggembirakan hanya cerita selepas raya akan pindah rumah baru.
Cerita Awal Ramadan 2019 Seminggu Ini... Haihh! |
Sehari sebelum puasa aku sakit gigi. Jadi, tiap-tiap waktu bersahur kena telan ubat tahan sakit. Kalau tidak, tak tertahankan sakitnya. Aku tak faham dengan sakit tu. Gigi tak berlubang, tapi dah goyang. Mungkin tapak gusi tu dah tak kuat. Al maklum, umur dah meningkat, gigi nak luruh satu persatu gamaknya. Rasanya nak kena cabut gigi aku ni. Tapi kalau boleh tahan, aku tahankan dulu. Kalau boleh nak tahan sampai raya kot...
Sebenarnya aku tak rasa teruja nak sambut raya kali ni. Lebih teruja nak pindah rumah lagi. Apatah lagi aku baru menapak buka bisnes jualan terbaru. Harap menjadi bisnes kecil-kecilan aku ni. Menulis entri merepek ini pun bagai tak bermaya saja. Letih dan di tambah gigi yang berdenyut. Itu yang membuatkan mood tak stabil.
Cerita Awal Ramadan 2019 Seminggu Ini... Haihh!
Masak pun dah rasa malas sebenarnya. Tak larat nak memasak lauk pauk pelbagai jenis yang di minta anak-anak. Tapi apakan daya, kuatkan jugalah diri mereka. Anak-anak aku ini jenis waktu berbuka lebih suka makan makanan lain selain nasi. Puasa pertama hari tu masak meehoon goreng. Puasa kedua aku masak char kuay teow,. Puasa ketiga aku buat mee sup. Hari ke empat aku masak nasi dengan kari ikan tongkol jer. Hari kelima semalam buat mee dan meehon padprik.
Hari ini aku buat laksa. Buat laksa ini sebab permintaan anak perempuan balik dari asrama yang gemar makan laksa. Esok sudah nak balik. Jadi, sebelum dia balik, kenalah tunaikan permintaan. Letih sebenarnya tapi demi anak-anak, buat jugalah. Entah kenapa puasa kali ni aku rasa tak larat dan keletihan saja. Mungkin sindrom meningkat usia kot.
Esok lusa nak masak apa kena tunggu dan sesuaikan apa permintaan anak-anak lagi. Harap aku di berikan kesihatan yang baik dan berdaya untuk menunaikan permintaan anak-anak. Kalau dah tak terdaya nanti, fikirkanlah cara lain.
Bazar ramadan memang aku tak suka nak pergi membeli. Kalau anak-anak yang membeli, biasanya hanya kuih-kuih yang tak buat. Makanan lauk pauk seboleh-bolehnya di elak beli. Serik terkenangkan tragedi membeli di bazar ramadan masa aku meniaga di expo raya beberapa tahun dulu. Habis satu rumah ceriii- beriii di buatnya.... hehe!
Aduyai, letih, pening dan skit gigi dah menjelma sekarang ni. Apalagi bacalah cerita merapu aku pada awal ramadan ini. Walau aku ada masak macam-macam, gambar pun tak larat nak snap. Kalau tidak, boleh juga di tampal dalam blog ni. Apa nak kata, dah letih tak bermaya... kan!
Nak baca cerita dan catatan di blog ini... klik SINI
p/s : Moga aku larat menempuh hari-hari seterusnya, meluah rasa jer.. !
Salam Ramadan dan selamat berpuasa
ReplyDeleteSalam ramadan juga :)
DeleteSama ngan SA la kak..x larat sgt sbb gastrik dan darah rendah..kalau sblom puasa dulu darah tinggi..pening dibuatnya..semoga akak sihat ye
ReplyDeleteMoga kita sama2 sihat danboleh menunaikan ibadah puasa dengan jayanya :)
Deletesalam ramadahan :)
ReplyDeleteSalam ramadan juga :)
Deletebe strong akak n get well soon. ray singgah klik ads kat blog akak. i hope this will make you feel better too heee
ReplyDeleteMoga cepat sihat & Selamat menunaikan ibadah puasa..:)
ReplyDeleteThanks dan Selamat menunaikan ibadah puasa juga :)
ReplyDeleteSyukur, dah beberapa hari tak ujan ari nie ujan KL sejuk sket...taklah terasa dahaga sangat...
ReplyDelete