13 April 2019

Serai, Bahan Dapur Yang Juga berkhasiat Sebagai Perawatan Alternatif

Satu bahan dapur wajib dalam hampir semua jenis masakan melayu adalah serai. Begitu juga satu bahan yang popular di Thailand sebagai perencah masakan tomyam dan paprik. Sebenarnya, serai bukan sahaja penting sebagai pelengkap rasa dalam masakan, tetapi juga sangat berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan kita.

Serai, Bahan Dapur Yang Juga berkhasiat Sebagai Perawatan Alternatif
Serai, Bahan Dapur Yang Juga berkhasiat Sebagai Perawatan Alternatif

Serai mudah ditanam di mana-mana jenis tanah kecuali kawasan berair atau berpaya. Batang serai dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai jarang didapati berbunga di Malaysia.

Serai atau dalam bahasa latinnya disebut Cymbopogon ciatrus adalah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesis rumpun. Serai dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Negara-negara seperti India, Pakistan, Kemboja, Vietnam dan Sri Lanka merupakan pengeksport utama serai di dunia.



Serai tinggi antioksidan dan berkesan untuk mengawal kolesterol dalam badan dan juga meningkatkan kesihatan. Komposisi nutrisi dalam serai juga sangat bermanfaat buat tubuh dan minda. Ia mengandungi vitamin seperti vitamin B1, vitamin A, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B6, dan folat. Ia juga kaya dengan sumber mineral yang baik seperti zink, besi, tembaga, kalium, dan kalsium.

Serai, Bahan Dapur Yang Juga berkhasiat Sebagai Perawatan Alternatif


Beberapa khasiat serai sebagai perawatan alternatif : 

Mencegah kanser
Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, satu pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.

Ubat gangguan pencernaan
Teh serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekali gus mencegah pembentukan gas berlebihan.

Detoksifikasi
Serai mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat telah disingkirkan.

Manfaat pada sistem saraf
Minyak asiri (minyak esensial) serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.

Menurunkan tekanan darah
Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai dapat menurunkan tekanan hipertensi.

Sebagai analgesik
Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi, jika seseorang mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit-sakit, teh limau berserai pasti dapat membantu.

Kulit cantik
Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Di antara manafaatnya ialah; mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. Minyak serai juga boleh disapu ke seluruh tubuh untuk memberi kesan menghangatkan.

Kesihatan wanita
Pengambilan teh serai dapat mengurangkan sakit haid dan rasa mual.

Menyegarkan dan Menyejukan
Meminum segelas serbat (rebusan) daun serai dalam cuaca panas dapat menyegar dan menyejukan badan.

Selain perencah dalam masakan dan perawatan tradisional, serai juga dijadikan sebagai pati dalam minyak wangi kerana ia mengeluarkan bau yang segar. Minyak pati serai juga turut digunakan dalam aromaterapi untuk menyegarkan udara, mengurangkan tekanan, dan menaikkan mood.

Untuk mendapatkan manfaat serai, bukan sahaja boleh di masukkan ia ke dalam masakan, tetapi juga boleh dibuat minuman seperti air detoks. Rebus beberapa batang serai yang di ketuk. Airnya bolehlah di minum dan di amalkan secara berterusan untuk mendapat dan merasakan khasiatnya.

Untuk mendapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Sesekali aku amalkan juga meminum air rebusan serai bersama halia dan halba untuk menjaga kesihatan....

#sumber internet

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...