15 April 2019

Resepi Telur Rebus Masak Kicap Lada Hitam, Simple Tapi Sedap

Resepi telur rebus masak kicap ini tersangatlah mudah. Resepi ini biasa aku masak apabila sudah buntu nak masak, dah tiada lagi lauk yang di fikirkan. Juga resepi telur rebus masak kicap ini juga biasanya aku akan masak apabila balik dari kenduri kahwin dapat bunga telur yang banyak. Kumpul telur rebus yang dapat buat lauk makan malam. Sedap juga, ya tak!

Resepi Telur Rebus Masak Kicap Lada Hitam, Simple Tapi Sedap
Resepi Telur Rebus Masak Kicap Lada Hitam, Simple Tapi Sedap

Resepi yang sama ini biasa aku buat untuk lauk ikan, ayam dan daging. Kadang-kadang tak buat dengan telur rebus. Aku goreng telur mata kerbau dan curah kuah masak kicap lada hitam ini atas telur mata kerbau itu. Ada juga sesekali aku buat pecahkan telur dalam kuah kicap lada hitam yang sedang menggelegak. Dah keras telur, bolehlah diangkat.



Macam-mcam cara dan bahan resepi ini boleh di lakukan. Semuanya menggiurkan dan sedap-sedap belaka. Sesekali tambah kentang hiris yang di goreng terlebih dhulu untuk memperbanyakkan bahan. Masakan ini, kita yang buat dia, ikut kitalah nak buat macam mana dan nak letak bahan apa. Mesti menjaddi dengan jayanya.

Resepi Telur Rebus Masak Kicap Lada Hitam, Simple Tapi Sedap


Bahan-bahan:

6 biji telur 
2 buji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Seinci halia
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan pes asam jawa
3 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
Air secukup yang di perlukan
Minyak masak secukupnya.

Cara:

Telur di rebus dan dikopek kulitnya. Kalau guna telur orang kahwin terus kopek kulitnya saja. Kelar sedikit telur rebus itu. Bawang besar di hiris kasar, Bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam di tumbuk lumat.

Panaskan periuk atau kuali bersama sedikit minyak masak. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan kekuningan sedikit. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan pes asam jawa dan sedikit air.

Seterusnya tumis lagi sehingga memdidih dan masukkan kicap pekat dan bawang besar. Masukkan telur rebus dan kacau sebati.

Waktu ini agak-agaklah nak kuah banyak atau kuah yang pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau-kacau sekejap, bolehlah di angkat. Untuk hiasan boleh masukkan cili merah. Nampak berselera dengan warna merah tu. 

Bolehlah lauk ini di makan dengan nasi untuk hidangan tengahari atau malam. Itulah dia resepi ringkas dan simple sangat di sukai oleh kami sekeluarga. Tak jemu-jemu dengan lauk telur ini. Musim ekonomi meleset, boleh buat lauk ini. Berselera walau hanya telur saja.

Nak resepi lagi.... klik SINI yer!

p/s: Balik kenduri kahwin, pun rajin dengan lauk ini, biar telur pengantin tak terbuang begitu saja... kan!

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...