01 April 2019

Resepi Fettucine Bolognese Ikut Sesedap Rasa Di Tekak Sendiri, Lazatnya

Ini juadah di hari minggu yang aku masak beberapa minngu lepas iaitu fettucine bolognese yang aku masak main redah dan campak-campak saja. Bahan-bahannya ikut yang mana ada di peti sejuk rumah Resepi fettucine bolognese ini rasanya tak akan dapat di mana-mana selain di blog ini saja. Maklumlah  resepi fettucine blognese ini di buat ikut  sesedap rasa di tekak aku saja... hahaha! 

Resepi Fettucine Bolognese Ikut Sesedap Rasa Di Tekak Sendiri, Lazatnya
Resepi Fettucine Bolognese Ikut Sesedap Rasa Di Tekak Sendiri, Lazatnya

Anak-anak suka sangat bila aku buat pasta sebegini. Aku boleh makan masakan barat begini cuma tak menpati selera sangatlah bagi aku. Aku lebih pada selera melayu. En. suami pula memang tak akan makan punya. Jadi aku kena masak juga nasi dan lauk walau apapun. Penat di buatnya nak memenuhi selera semua.



Resepi ini seperti kebiasaan aku ini, aku gunakan sosej saja. Aku letak cendawan dalam tin kali ini sebab ada di peti sejuk aku. Tak ada tomato puree. Aku guna tomato segar dan sos cili saja. Lada benggala memang jaranglah aku nak guna dalam masakan. Aku guna cili merah saja. Main redah saja ressepi ini pun menjadi juga... hehe!

Resepi Fettucine Bolognese Ikut Sesedap Rasa Di Tekak Sendiri, Lazatnya


Bahan-bahan: 

1 paket fettucine (500gm)
6 batang sosej
1 batang lobak merah
3 biji tomato
2 biji cili merah
1/2 tin cendawan butang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cawan cili sos
5 keping cheese
1 cawan susu cair
1/2 ketul kiub ayam
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara:

Didihkan air di dalam periuk besar. Masukkan sedikit garam dan sedikit minyak masak. Bila air dah mendidih, masukkan fettucine dan rebus sehingga fettucine lembut. Toskan airnya tapi air jangan di buang. Akan di gunakan untuk masak kuah nanti

Sosej, tomato, bawang besar dan cendawan butang di potong dadu kecil2. Lobak merah di parut kasar. Cili merah di buang biji dan di hiris kecil. Bawang putih di cincang halus. Daun sup juga di hiris halus. Bersihkan semua bahan dan ketepikan.

Tumiskan bawang putih dan bawang besar. Bila bila dah naik bau, masukkan sos cili. Kacau sehingga mendidih. masukkan sosej. Selepas tu masukkan lobak merah, cili merah dan tomato yang di dadu tadi bersama cendawan. Masukkan susu cair dan air rebusan fettucine. Jangan masuk semua. Agak-agaklah nak banyak mana kuahnya.

Masukkan kiub ayam, garam dan gula secukup rasa. Tunggu sehingga kuah agak pekat. Akhir sekali masukkan kepingan cheese. Kacau sekejap, bolehlah di angkat.

Kuah dan fettucine di hidangkan berasingan. Bila nak makan, curahkan kuah atas fettucine. Kalau nak lebih terasa pedasnya, boleh masukkan cili api yang di hiris halus semasa memasak tadi. Rasanya pasti akan lebih pedas dan  terangkat.

Walaupun ini adalah resepi masakan barat, takpernah lagi aku masak letah rempah masakan barat tu. Yang tu, namanya oregano tu. Bukannya tak ingat tapi cari kat pasaraya biasa tak pernah ada. Kalau pergi pasaraya besar, tak sampai pulak ke bahagian barang-barang dapur. Namun begitu, tak pernah tak sedap lagi masakan aku ini di tekak anak-anak. Okey lah tu kan!

Nak cari resepi yang tak seberapa di blog ini.... klik SINI

p/s : Mencunggap anak-anak aku makan, kesedapannya sungguh menjadi-jadi lah tu... haihh.!

3 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...