Apabila usia makin meningkat, sakit lutut mula terasa. Apatah lagi rumah aku ini di tingkat kayangan. Bertabahlah dengan kesakitan yang di alami. Biasanya aku sapu-sapu lutut dengan minyak panas apabila kesakitan menyerang. Ada beberapa penawar sakit lutut yang boleh di amalkan. Kurang rasanya sakit lutut ini. Tapi itulah, kerajinan itu kurang.... hehe!
Petua Penawar Sakit Lutut Dengan Bahan Dapur, Berkesan.... |
Walau bagaimana pun sakit lutut ini tak boleh di biarkan. Nasiblah, nak buat macam mana, tinggal di rumah kayangan ini. Hujung tahun baru dapat pindah rumah atas tanah. Penawar sakit lutut ini senang saja untuk membuatnya. Hanya guna bahan yang mudah di dapati dari dapur saja. Kos pun sangat jimat.
Bahan-bahan ini hanya perlu di rebus sahaja. Selepas itu kena amalkan sentiasa. Kalau rajin amalkanlah, walaupun tidak menghilangkan kesakitan itu sepenuhnya, ia bagaikan penawar yang dapat mengurangkan kesakitan ini seketika. Lega juga lah sakit lutut sekejapan yang sekejap sakit dan sekejap tidak... huhu!
Petua Penawar Sakit Lutut Dengan Bahan Dapur, Berkesan....
Bahan-bahan:
Epal Hijau 2 biji ( potong )
Kayu Manis 1 batang
Serai 1 batang ( ketuk )
Air 4 Cawan
Cara-cara :
- Satukan semua bahan dalam periuk dan masak menggunakan api perlahan sehingga air menjadi 2 cawan.
- Biarkan suam dan minum 2 kali sehari
Di katakan selepas minum air rebusan bahan-bahan ini, boleh berlari keliling padang 7 kali. Melampau lah macam tu. Dapat mengurangkan kesakitan lutut yang ada ini pun sudah memandai. Nanti nak berlari sangat, terkehel kaki dan lutut, masuk hospital jadinya... huhu!
Selain menggunakan bahan-bahan di atas, minum air rebusan bendi pun bagus untuk menjadi penawar sakit lutut ini. Ada lagi pelbagai petua untuk penawar sakit lutut ini. Akan aku kongsikan pada lain waktu dan entri nanti.
Ikutlah petua ini, masaalahnya kerajinan aku ni saja yang kurang. Bukan apa, sibuk dengan pelbagai hal. Itu yang tak dapat merasa keberkesanannya dengan sebenarnya. Lain kali nak cuba sungguh-sungguh, mana tahu boleh pula berlari berkeliling nanti... hihi!
Nak dapatkan informasi dan petua di blog ini klik SINI
p/s: Sakit lutut tau turun naik tangga ni, itu sebab jarang keluar rumah. Nasib baik buat kerja blog dari rumah jerr... !
#kredit FB siti rashidah jasimin
No comments:
Post a Comment