23 April 2019

Petua Kitar Semula Bekas Plastik Lama Dengan Menyahkan Bau Yang Tak Menyenangkan

Hampir menjelang puasa dan nak raya ini, pada sesiapa yang buat kuih mesti akan kitar semula bekas plastik. Banyak bekas kuih lama yang di gunakan tahun lepas baunya tidak menyenangkan. Di sini nak beri sedikit petua kitar semula bekas plastik lama. Biasalah bekas plastik lama ini, ada kalanya di gunakan untuk mengisi belacan, tempoyak dan berbagai lagi.

Petua Kitar Semula Bekas Plastik Lama Dengan Menyahkan Bau Yang Tak Menyenangkan
Petua Kitar Semula Bekas Plastik Lama Dengan Menyahkan Bau Yang Tak Menyenangkan

Kadang-kadang juga apabila membeli sesuatu di kedai atau di mana-mana dapat bekas yang boleh di gunakan lagi untuk di kitar semula. Beli tempoyak pun dapat bekas macam bekas kuih itu juga. Sayang pula nak di buang begitu saja apabila sudah habis isi di dalamnya. Tapi baunya sangatlah tidak menyenangkan untuk di gunakan kembali. 



Aku memang rajin kumpul bekas plastik begini. Selain bekas kitar semula untuk letak barangan dapur sudah pastinya bekas begini aku nak letak kuih raya pelbagai jenis yang di buat. Memudahkan aku untuk membuat pembahagian kuih raya yang nak di bawa balik kampung dan simpankan di rumah untuk tetamu yang hadir ke rumah di musim raya nanti.

Petua Kitar Semula Bekas Plastik Lama Dengan Menyahkan Bau Yang Tak Menyenangkan


Bahan-bahan:

Bekas plastik
Kertas suratkhabar
Air

Cara-cara:

Basahkan sehelai suratkhabar dan perah airnya. Masukkan suratkhabar yang sudah dijadikan gumpalan ke dalam setiap botol yang telah di bersihkan.

Biarkan ssekurang-kurangnya selama seminggu. Selepas itu bekas plastik boleh di basuh bersih dan di lap kering untuk di gunakan.

Bila dah hilang bau, bolehlah di gunakan semula dengan jayanya.

Itulah petua dan cara yang biasa aku gunakan untuk menghilangkan bau yang tak menyenangkan pada bekas plastik. Walaupun caranya sangat mudah, tapi sangat berkesan. Habis hilang bau tempoyak dari bekas plastik yang di gunakan sebelumnya untuk mengisi tempoyak. Kalau setakat  bau hapak itu apalah sangat.

Nak dapatkan petua dan informasi menarik di blog ini, klik SINI

p/s: Tengah mencuci dan mengadaptasi petua ni keatas bekas plastik yang di kumpul dalam setahun ni. Banyak juga, tak sangka... :)

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...