11 April 2019

Khasiat Pokok Ara Tanah Yang Seringkali Di Anggap Sebagai Rumput Liar

Tak pernah aku terfikir pokok ini yang biasanya tumbuh meliar bersama rumput rampai yang lain ini adalah tumbuhan berkhasiat yang di panggil pokok ara tanah. Pokok ara tanah atau juga dikenali sebagai gelang susu, susu nabi, ambin jantan atau nama saintifiknya Euphorbia hirta L, Keremak Susu, merupakan sejenis pokok renek dan mampu mencapai ketinggian sehingga 30 cm. 

Khasiat Pokok Ara Tanah Yang Seringkali  Di Anggap Sebagai Rumput Liar
Khasiat Pokok Ara Tanah Yang Seringkali  Di Anggap Sebagai Rumput Liar

Ia tergolong dalam keluarga yang sama dengan pokok ara, ubi kayu dan pokok getah. Seperti semua pokok keluarga ini, ia juga mempunyai getah putih. Tumbuhan ini dalam farmakologi Cina dikatakan mempunyai rasa agak pahit dan masam dan sedikit sejuk (bertoksin). Ia bersifat anti-inflamasi, diuretik (peluruh kencing) dan anti-piretik.



Kesan ubatnya akan di dapati dengan penggunaan seluruh tanaman, segar atau di keringkan. Ada yang kelihatan hampir serupa dengannya tapi tidak memiliki getah. Pokok ara tanah ini amat berguna untuk mengubati ketuat,gout, demam denggi. gatal-gatal akibat alahan atau kudis, buasir dan juga membanyakkan susu ibu. Iaitu dengan merebus keseluruhan pokok dan meminum air rebusan itu atau dibuat sapuan di tempat yang gatal atau alahan.

Khasiat Pokok Ara Tanah Yang Seringkali  Di Anggap Sebagai Rumput Liar


Pokok ara tanah ini juga sangat bagus dijadikan penawar penyakit gout. Caranya adalah ambil 3 batang pokok ara tanah dengan akarnya. Cuci bersih. Masukkan tiga gelas air dalam periuk dan masukkan pokok ara tanah. Didihkan ramuan tadi sehingga airnya menjadi segelas. Ambil air rebusan dan minum segelas pagi dan segelas sebelah petang. Insyaa'llah sembuh.

Pokok ara tanah juga boleh diguna untuk merawat jangkitan kegatalan pada kulit seperti kurap. Caranya ambil beberapa batang pokok ara tanah berserta akar. Ramas-ramas berserta bedak sejuk. Kemudian ditampal ditempat yang dijangkiti sakit kulit tersebut. InsyaAllah berkesan.

Rupanya tumbuhan yang tumbuh meliar ini banyak khasiat dan kegunaannya. Sekiranya di manafaatkan dengan betul, boleh menyembuhkan sakit yang di deritai. Pokok ini juga banyak di sekeliling kita dan tanpa kos untuk menggunakannya.

Nak dapatkan lebih banyak informasi di blog ini klik SINI

p/s: Di nasihatkan pengambilannya  pada kadar yang sesuai amat penting. Getah putihnya dikatakan bertoksik dan boleh mengakibatkan cirir-birit jika diambil berlebihan. Wallahuaalam....!!

#sumber internet

1 comment:

  1. selalu nampak pokok ni kat tanah2...kat kg banyak...x sangka ada khasiatnya

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...