09 April 2019

Bagai Pinang Di belah-belah, Sama Sepadan, Majlis Perkahwinan Indah Liza Dan Lan

Hujung minggu kelmari pada hari sabtu 6hb April 2019, aku menghadiri kenduri majlis perkahwinan indah dan gemilang Nur Hasliza dan Azlan di Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan. Nur Hasliza ini adalah anak buah sebelah en. suami. Akhirnya dia menamatkan zaman bujang setelah kedua adiknya telah berumahtangga terlebih dahulu. 

Bagai Pinang Di belah-belah, Sama Sepadan, Majlis Perkahwinan Indah Liza Dan Lan
Bagai Pinang Di belah-belah, Sama Sepadan, Majlis Perkahwinan Indah Liza Dan Lan

Wah, majlis sama tarikh dengan majlis artis Fasha Sanda dan Aidil Aziz yang berlangsung di Rembau juga. Itulah, waktu bersarapan di restoran pagi tu di sapa orang nak pergi kenduri kahwin. Apabila di katakan nak bergerak ke kenduri di Rembau, terus di tanya nak pergi kenduri Fasha Sanda dan Aidil Aziz tu.



Nak tergelak kami sekeluarga di buatnya. Tapi betul juga, sebab kenduri sama tarikh dan sama tempat tapi takkan kami nak pergi ke tempat orang di kenali ramai, Mestilah ke rumah kenduri saudara terdekat. Artis tu kita yang kenal dia, dia tak kenal kita... hahaha!

Bagai Pinang Di belah-belah, Sama Sepadan, Majlis Perkahwinan Indah Liza Dan Lan


Seronoknya dapat makan kenduri di Rembau tu. Jumpa saudara-mara yang tinggal berjauhan ini sangatlah happening dan bahagia. Bercerita itu ini sehingga tak cukup masa rasanya. Sibuk nak lihat dan bergambar dengan pengantin lagi tu. 

Majlis indah ini akan di kenang sampai bila-bila. Pengantin pun cantik berbusana indah. Terserlah kecantikan dan kehenseman pengantin baru. Sesekali bergaya dan berhias di majlis sehari ini mengujakan mata yang memandang. Pelamin pun sungguh indah tatariasnya. Cantik gemerlap.. huhu!

Kemeriahan sungguh terasa dengan deejay yang bijak berinteraksi dan alunan lagu yang sesuai menambahkan lagi indah suasana majlis. Walaupun tetamu sampai dahulu daripada hidangan majlis, ia tetap meriah. Serba sedikit hal yang mengusik suasana tetap mengembirakan ramai tetamu.

Sempurna sudah majlis di raikan ini, terpancar kebahagiaan di wajah ayah pengantin perempuan kerana sudah berjaya menyempurnakan majlis untuk anaknya ini. Habis sudah anak-anaknya hidup berkeluarga dan selesai tanggungjawabnya membesarkan anak. Kini tinggal tanggungjawan anak-anak pula membahagiakan ayahnya... kan!

Sempat aku buatkan  video lintas langsung majlis ini. Tapi hanya video amatur yang huru-hara dan tunggang terbalik sajalah. Aku tak berapa nak pandai edit video. Baru belajar serba sedikit. Janji boleh di tonton dan di jadikan kenangan sudahlah. Malam tu, tidur pukul 4 pagi edit video punya pasal. Jom tengok sama-sama... hehe!


Semoga Nur Hasliza dan Azlan sentiasa berbahagia meneruskan kehidupan berumahtangga dan berkeluarga. Seterusnya berbahagia hingga ke jannah. Seronok tengok anak buah yang waktu aku kenal (masa kahwin dengan en. suami) kecil sangat lagi tapi kini dah besar panjang dan akhirnya mendirikan rumahtangga dan berkeluarga. 

p/s: Balik dari sana, singgah pekan Rembau pun di tegur orang ingat dari majlis artis. Di situ saja ke kenduri yang ada... erk!

2 comments:

  1. Alhamdulillah..bila tersaing dengan artis..begitu pula jadinya ya..orang inga pergi kenduri artis..hehehe.

    ReplyDelete
  2. cantik perantin.. selamat pengantin baru

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...