22 March 2019

Tips Berkesan Kempiskan Perut Dengan Menjaga Cara Pemakanaan

Badan taklah besar dan gemuk sangat tapi perut sangat menonjol bagaikan hamil 5 bulan. Perkara ini banyak di hidapi oleh wanita. Bukannya tak cuba menguruskan badan tapi lemak di perut itu susah sungguh nak di buang. Ada beberapa tips berkesan kempiskan perut yang boleh di ikuti. Walaubagaimana pun yang paling penting perlu berusaha keras dan istiqmah dalam usaha mengikuti tips berkesan kempiskan perut ini.

Tips Berkesan Kempiskan Perut  Dengan Menjaga Cara Pemakanan
Tips Berkesan Kempiskan Perut  Dengan Menjaga Cara Pemakanan

Agak memalukan apabila di tegur orang apabila perut yang menonjol buncit di ingatkan oleh mereka sebagai mengandung. Macam viral di FB berikan tempat duduk pada seorang wanita dalam komuter. Terus kena sound kata dirinya tak mengandung. Rupa-rupanya hanya mengandung lemak sahaja. Perkara ini biasa terjadi kepada wanita selepas melahirkan anak akibat perubahan hormon. 



Memang satu perkara sukar menukar tabiat pemakanan untuk mengamalkan diet mengempiskan perut ini. Apapun nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih di perlakukan. Kena ubah tabiat dan gaya pemakanan adalah menjadi keutamaan. Kalau tidak, takkan berkesan diet tips kempiskan perut ini .

Tips Berkesan Kempiskan Perut  Dengan Menjaga Cara Pemakanan



Berhenti Minum Dan Makan Benda Manis @ Bergula 
Gula yg berlebihan akan ditukar menjadi lemak. Dan tempat lemak suka berkumpul ni adalah perut. 

Eat Clean 
Eat bermaksud mengurangkan makanan yang di proses dlm diet. Mengurangkan Minyak Gula Dan Garam. Amalkan masakan secara rebus bakar dan kukus.

Minum Air Masak/Kosong 3 -5L Sehari 
Ini tips paling mudah tapi paling susah nak di amalkan. Banyak betul alasan bila disuruh minum air. Nak kempis perut kena rajin minum air okay.!

Kurangkan Fast Food & Junk Food 
Masa untuk menjauhi Restoran Fast Food kegemaran anda. Fast food seperti Burger, kentang goreng mengandungi Transfat yg tinggi iaitu Lemak tepu yg pantas membiak dalam badan.

Lemak Transfat ni ibarat: "A moment on your Lips, Forever on your Hips"

Kawal Kalori Makanan 
Pastikan anda tahu berapa keperluan kalori badan utk kurus. Boleh google BMR calculator. Bahagikan kalori kepada 5hidangan sehari. elakkan mengambil terlalu banyak kalori dalam masa yang singkat

Makan 3 Hidangan Buah & Sayur Setiap Hari 
Sayur dan Buah mengandungi Fiber yg bagus untuk kesihatan usus. Stock up Buah untuk Snacking pagi dan petang.

Makan Protein Secukupnya 
Protein sgt penting untuk memberikan tenaga dan kenyang lebih lama. makanan tinggi protein seperti telur, ayam, ikan, tempe, tauhu wajib ada dalam menu harian. Kekurangan protein akan membuatkan perut cepat lapar dan makan berlebihan.

Selamat mengamalkan tips ini. Nak kurus, dan kempiskan perut, jangan bertangguh lagi. Jangan abaikan tubuh yang berlemak dan membuncit. Buat jerr! Siapa buat dia dapat hasilnya. Tubuh cantik, badan sihat dan kesihatan pun terjaga. Tak gittew!!

Dapatkan informasi dan tips menarik di blog ini.. klik SINI

p/s: Aku kongsi perkongsian ini dari FB ke blog ini untuk di amalkan sendiri agar tidak lupa dan aku nak amalkan cara ini... hehe! 

#kredit page Dapur Eat Clean

2 comments:

  1. selain bersenam, pemakanan juga 80% yang perlu dijaga untuk kempiskan perut ni. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. sebenarnya makanankita tupenting utk kesihatan.. senaman tujust 20% je..tapi tu la bila bab makan mmg xleh nak tolak..hihihi

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...