13 March 2019

Petua Cantik Seharian Orang Dulu Yang Berkesan Dan Jimat

Zaman kini ramai orang yang menjaga kecantikan tubuh badan dri hujung rambut hingga ke hujung kaki. Bermula dari mandian, mencuci muka, pupur di wajah dan seterusnya berhias cantik berseri. Zaman dulu tak terkecuali nenek moyang kita ada petua cantik seharian yang mereka lakukan. Sudah semestiya petua cantik itu berkesan dan menjimatkan.

Petua Cantik Seharian Orang Dulu Yang Berkesan Dan Jimat
Petua Cantik Seharian Orang Dulu Yang Berkesan Dan Jimat 

Perkara paling penting apa jua petua yang orang dulu atau nenek moyang kita itu bebas bahan kimia yang merbahaya. Selain itu ia amat menjimatkan kerana bahan yang di gunakan ini mudah di dapati dan hanya berada di dapur rumah sahaja. Cepat, jimat dan senang. 



Jom kita usha regim kecantikan dulu kala yang di amalkan oleh nenek moyang kita itu. Walaupun tak ada produk kecantikan yang berlambak di pasaran seperti sekarang, mereka tetap cantik berhias. Tak percaya, lihatlah primadona filem melayu lama dalam filem2 klasik. Cantik menawan dan jelita senantiasa kan!

Petua Cantik Seharian Orang Dulu Yang Berkesan Dan Jimat 


Kulit Cerah Dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan belah dua. Semasa mandi, gosokkkan pada muka dan seluruh badan. Insya'allah kulit akan cerah, licin dan harum.

Menghaluskan Kulit Muka
Bancuh sedikit asam jawa, air dan sesudu makan tepung ubi. Kacau sehingga menjadi larutan pekat. Pupurkan pada muka yang telah di bersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang 15 minit. Barulah di bilas. Insya'allah kulit terasa halus mulus dan lembut.

Merawat Kulit Berkedut
Parut sebatang lobak merah, lalu campurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.Sebatikan campuran itu dan oleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga  di perlukan. Insya'allah sangat berkesan.

Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insya'allah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan timun. Timun di sagat atau di lumatkan terlebih dahulu. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Buat pekat sedikit dan jangan terlalu cair. Saoukan ke seluruh muka dan biarkan kering. Cara ini menjadikan kulit muka tegang dan putih mulus serta terasa kesegegarannya. Insya'allah berkesan apabila di amalkan selalu.

Menghilangkan Parut Di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Campur bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama kelamaan parut akan beransur hilang.Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Menghalus Muluskan Kulit 
Buah tomato di kisar halus. Lumurkan pada muka beberapa ketika. Boleh juga di sapukan pada seluruh badan. Setelah itu cuci bersih. Lebih bagus cuci dengan air suam. Amalkan selalu. Tomato juga berfungsi untuk membersihkan kulit. Insya'allah nanti kulit halus mulus pink-pink gitu!

Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Teh uncang yang telah di gunakan jangan di buang. Gunakan untuk di lekapkan pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika tidur. Mata panda pun hilang dan mata menjadi segar dan cantik.

Menaikkan Seri Muka
Basuh muka dengan air basuhan beras yang kedua atau ketiga. Bilas dengan air bersih setelah 10 minit. Air beras mengandungi khasiat yang bagus untuk menyerikan muka. Insya'allah anda akan melihat hasilnya nanti setlah mengamalkannya.

Inilah antara beberapa petua cantik orang dulu atau nenek moyang kita untuk menjaga dan merawat kecantikan tubuh badan dan yang paling penting adalah kecantikan wajah. Orang sekarang hanya beli produk kecantikan yang tersedia di pasaran. Orang dulu proses dan buat sendiri bahan-bahan kecantikan ini. 

Sesekali apa kata kita merajinkan diri ikut petua kecantikan orang dulu ini. Itulah, nak merajinkan diri memproses bahan-bahan itulah yang leceh. Kalau ada masa marilah kita cuba dan buang jauh-jauh sikap kemalasan yang melanda... hahah!

Nak baca pelbagai tips dan informasi, klik SINI

p/s: Masih banyak petua yang ada, ini hanya sebahagian saja... !

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...