21 March 2019

Petua Cantik | Hilangkan Bekas Jerawat Dan Tona Kulit Tak Sekata Dengan Kunyit Dan Lemon

Kalau ada yang perasan, blog ini memang rajin sangat memaparkan petua cantik dan cara menjaga wajah dengan produk-produk alami. Aku memang suka dengan petua dan cara untuk cantik secara alami. Tak ada bahan kimia dan murah yang amat pula tu. Kali ini aku nak kongsi petua cantik hilangkan bekas jerawat dan tona kulit tak sekata. Hanya menggunakan dua bahan iaitu lemon dan kunyit.

Petua Cantik | Hilangkan Bekas Jerawat Dan Tona Kulit  Tak Sekata Dengan Kunyit Dan Lemon
Petua Cantik | Hilangkan Bekas Jerawat Dan Tona Kulit  Tak Sekata Dengan Kunyit Dan Lemon


Kunyit sudah lama di ketahui dan di gunakan dalam perawatan wajah dan tubuh badan. Antara kegunaan kunyit dalam perawatan wajah adalah untuk menghilangkan parut bekas jerawat, mengatasi kulit berminyak, merawat tona kulit tak sekata, mengatasi pigmentasi, menhaluskan kulit dan banyak lagi khasiatnya.

Lemon pula mengandungi kalori yang rendah namun kaya dengan vitamin C, antioksidan dan serat. Ia memiliki pelbagai khasiat dan kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa ia dapat membantu meningkatkan keimunan, memelihara kesihatan jantung dan kulit, mengurangkan risiko batu karang, membantu melawan kanser, meningkatkan penyerapan zat besi dan membantu menurunkan berat badan. 



Selain itu, buah sitrus ini juga boleh digunakan untuk pelbagai resipi dan juga untuk kegunaan di dapur. Sudah pasti juga lemon sesuai untuk perawatan wajah juga. Seterusnya jom kita buat masker kunyit di campur lemon untuk hilangkan bekas jerawat dan tona kulit tak sekata. Seperti biasa, jumpa dan kongsi cerita ini dari Facebook.

Petua Cantik | Hilangkan Bekas Jerawat Dan Tona Kulit  Tak Sekata Dengan Kunyit Dan Lemon


Bahan:

Serbuk kunyit
Lemon

Cara-cara:

Serbuk kunyit di satukan dengan perahan air lemon. Selepas itu  gaul sebati dan sapu dan oleskan ke seluruh wajah.

Biarkan sekejap lepas tu baru di  cuci bersih dengan air suam. Lap wajah dan keringkan. Selepas itu gunakan ais batu untuk menutup pori yang terbuka di wajah. Gosok ais batu ke seluruh wajah. Biar rasa sejuk itu menyerap ke dalam kulit.

Konsistenkan penggunaan dan lakukan 3 kali seminggu  sampai hilang jerawat dan parut jerawat di wajah.. Seeloknya pemakaian masker ini di lakukan pada waktu malam sebelum tidur atau awal pagi.

Insya'allah kulit akan menjadi cantik, halus dan mulus. Cubalah.... 

Kebiasaannnya orang perempuan ini pada waktu period, hormon jadi tak stabil. Jerawat berduyun-duyun singgah di wajah. Waktu beginilah yang paling sesuai menggunakan masker jerawat dan lemon ini. Kunyit ini dapat mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghilangkan parut jerawat. Kulit pun akan menjadi cantik nanti.

Ini satu petua yang bagus dan mudah sangat. Rugi kalau tak mecuba untuk menghilangkan jerawat yang bertepek di wajah. Terima kasih pada yang mencetuskan kembali petua lama yang berekesan ini. Yang paling penting, dengan kos yang sangat jimat dan tanpa bahan kimia.... kan!

Nak dapatkan informasi, dan petua cantik klik SINI

p/s : Anak dara bongsu aku dah cuba.. Elok sikit wajah tu, berkurang jerawatnya...!

#kredit FB Petua dab amalan orang lama
#Zana Mokhtar

2 comments:

  1. sebelum ni ada baca kunyit boleh merawat kulit. dalam ni pun ada bagi tahu. nice

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...