16 March 2019

Masak Lemak Cili Api Udang Bersama Nenas, Rasa Manis Udang Dan Masam Nenas Bersatu... Wow Sedapnya!

Kali ini aku buat masak lemak lagi. Gulai udang masak lemak cili api bersama nenas. Gandingan makanan laut udang bersama nenas bersatu dengan kemanisan dan lemak yang begitu memikat selera. Wow sedapnya tak terkata. Walaupun aku alergi dengan makanan laut tapi sekali sekala demi keluarga, aku abaikan saja. Semuanya demi masak lemak cili api yang sedap memikat.... huhu!

Masak Lemak Cili Api Udang Bersama Nenas, Rasa Manis Udang Dan Masam Nenas Bersatu... Wow Sedapnya!
Masak Lemak Cili Api Udang Bersama Nenas, Rasa Manis Udang Dan Masam Nenas Bersatu... Wow Sedapnya!

Ini en. suami punya idea. Sudah tak tau nak buat masak lemak cili api apa pula sebab macam-macam masak lemak sudah di buat. Kini tibalah giliran udang dan nenas pula. Masak lemak cili api yang sentiasa mengundang selera yang bertambah-tambah untuk en. suami sebab inilah lauk kegemaran dia.. haihhh!!



Aku tak kisah sebab cara memasaknya pun senang. Hanya campak semua bahan yang telah di cuci bersih ke dalam periuk bersama santan, cili api yang telah di tumbuk bersama beberapa bahan lagi. Apapun cara membuatnya ada caranya juga agar santan tidak pecah minyak kalau tidak kurang sedap dan tak cantik warna masakannya.

Masak Lemak Cili Api Udang Bersama Nenas, Rasa Manis Udang Dan Masam Nenas Bersatu... Wow Sedapnya!


Bahan-bahan:

15 ekor udang sederhana besar
1 biji kecil nenas muda
2 cawan santan pekat
17 biji cili api
1 inci isi kunyit (besar ibu jari)
2 biji bawang merah (kecil)
1 batang serai
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Udang di buang kepala dan ekornya dan di bersihkan. Ketepikan. Nenas di buang kulit dan hidungnya yang banyak itu sehingga bersih. Potong dan hiris kecil. 

Cili api di tumbuk bersama isi kunyit hingga lumat. Setelah itu tumbuk lagi bersama bawang merah dan bawang putih sserta serai di titik hujungnya.

Selepas tu masukkan bahan tumbuk kedalam periuk bersama serai. Masukkan secawan santan pekat dan secawan air. Didihkan periuk bersama bahan-bahan tumbuk. Seterusnya masukkan nenas dan udang bersama.

Sentiasa kacau bahan di dalam periuk untuk mengelakkan santan berketul dan pecah minyak. Setelah mendidih masukkan secawan lagi santan serta perasakan dengan garam dan gula. Kalau nak lebih berkuah, boleh tambah lagi air. 

Masukkan garam dan gula sedikit demi sedikit sambil merasa bahan masakan untuk memastikan mendapat rasa yang bersesuaian. 

 Hidangan ini sesuai untuk lauk tengahari atau malam. Di makan bersama ulam dan sambal belacan. Ada pula ikan masin. Pergh.. sedap dan makan tak hinggatlah.

Asyik makan lauk sedap diet hancur berkecai sudah. Apatah lagi, makan sepinggan dua tak berkecukupan. Tapi aku kena beringat sebab alergi udang. Makan seekor dua saja sudah. Selepas tu ambil ubat tahan gatal dan bersedia dengan ubat sapu sekiranya timbul bintik-bintik.

Nak dapatkan pelbagai resepi masak lemak cili api di blog ni... klik SINI

p/s: Resepi aku ni untuk yang nak kurang pedas, sila kurangkan jumlah cili api yer... Kami sekeluarga memang kuat pedas. Tak podeh, tak ummp!!!

4 comments:

  1. Uii sedap tu kak. ni mau menambah nasi ni hehe

    ReplyDelete
  2. My favourite ni, udang masak lemak.. Kalau macam ni rupa kejadiannya tentu sedap..

    ReplyDelete
  3. tentulah sedaap.
    Tak cukup 15 ekor udang.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...