Hari Sabtu kelmarin aku menghadiri majlis aqiqah dan berendoi Baby Rania. Dia ni pangkat cucu saudara dengan en. suami. Atuk Baby Rania ini sepupu dengan en. suami. Jadi aku ni berstatus pangkat nenek jugalah dengan Baby Rania ni. Meriah betul kendurinya. Bagaikan sebuah majis perkahwinan pula aku tengok majlis aqiqah dan berendoi ini.
Majlis Aqiqah Dan Berendoi Baby Rania Bagaikan Majlis Kenduri Kahwin, Meriah! |
Mana tidaknya, majlis ini siap ada pelamin indah berwarna merah jambu yang cantik terserlah di ruang tamunya. Sudah pasti ada sebuah buaian comel di pelaminan ini yang biasanya di letakkan kerusi untuk pengantin. Kalau di kampung majlis sebegini hanya di buatkan sebuah buaian dari kain batik dan di hias serba sedikit saja... hahaha!
Penganin kecil pula hari ini macam tau-tau saja kenduri dia. Elok diam saja dan tak merengek bagai. Majlis di serikan dengan kumpulan marhaban di kawasan kejiranan situ. Macam-macam lagu berendoi dan marhaban di nyanyikan di majlis itu seperti biasa. Majlis cukur jambul pun di lakukan sekali.
Majlis Aqiqah Dan Berendoi Baby Rania Bagaikan Majlis Kenduri Kahwin, Meriah!
Seronok aku tengok majlis seperti ini masih di jalankan walaupun sudah melalui proses sedikit moden. Zaman dulu agak berlainan sikit. Ada masak-masak tapi zaman sekarang panggil catering saja untuk makan-makan para tetamu jemputan yang hadir. Makanan di majlis ini meriah dengan lauk masakan Johor iaitu beryani gam sebab isteri sepupu aku ini orang sana.
Kemeriahan Majlis Aqiqah Dan Berendoi Baby Rania |
Dek kemeriahan dengan saudara mara datang bertali arus, aku jadi terlupa pula nak bergambar di sana. Aku hanya sempat ambil sedikit gambar majlis berendoi dengan gambar Baby Rania saja. Itulah pasal, akibat terlalu asyik bertanya khabar dan bersembang dengan saudara mara, sampai lupa nak bergambar.. alahai!!
Nak baca pelbagai cerita di blog ini klik SINI
p/s: Kenangan untuk si kecil, nanti sekejap saja Baby Rania dah besar....
Moga menjadi anak solehah ya Rania.
ReplyDeleteCantik pelamin.