06 March 2019

Cara Tanam Benih Dan Alih Anak Pokok Dari Tempat Semaian

Cara Tanam Benih Dan Alih Anak Pokok Dari Tempat Semaian | Pada  seseorang yang berminat bercucuk tanam, adalah perkara yang menyeronokkan apabila melihat benih yang di tanam tumbuh dan membesar menjadi pokok yang sihat. Seterusnya berbunga dan berbuah dan mengeluarkan hasil. Sebelum itu kita mestilah tahu cara tanam benih dan alih pokok dari tempat semaian dulu.

Cara Tanam Benih Dan Alih Anak Pokok Dari Tempat Semaian
Cara Tanam Benih Dan Alih Anak Pokok Dari Tempat Semaian

Sejak dari kecil aku sudah biasa melihat mak aku menanam pokok-pokok sayurnya. Setelah besar sedikit aku juga membantu mak bercucuk tanam di atas batas sayurannya. Masa tu di kampung kami bercucuk tanam hanya sekadar untuk menambah lauk sayuran di rumah tanpa perlu membeli. Jimat sedikit perbelanjaan dapur. Jadi, taulah aku serba sedikit selok belok tentang tanaman ini. 



Sebelum memulakan penanaman, bekas untuk menyemai benih perlulah yang sesuai. Biasanya di dalam bekas-bekas kecil untuk biji benih yang besar dan sebuah bekas yang besar untuk biji benih yang kecil dan halus. Rendam biji benih lebih kurang 2 - 3 jam sebelum menyemai anak benih. Selepas itu bolehlah di letakkan di bekas semaian. Lapisi biji benih senipis yang boleh dengan tanah lagi.

Cara Tanam Benih Dan Alih Anak Pokok Dari Tempat Semaian


Letakkan semaian di tempat yang teduh sehingga ia bercambah. Biji benih mengambil masa selama lebih kurang 2 -3 minggu sebelum bercambah bergantung kepada jenis pokok. Apabila anak pokok tumbuh membesar, letakkan ia berhampiran dengan sinar matahari untuk pertumbuhan yang sihat.

Ketika bercambah anak benih akan mengeluarkan dua daun kotiledon untuk proses fotosintesis. Apabila anak pokok semakin membesar, akan tumbuh daun sebenar. Daun sebenar inilah rupa daun betul pokok tersebut. Dua daun kotiledon yang asal hanyalah sebagai pembantu.

Ketika tumbuh daun sebenar inilah tanda anak pokok sudah boleh dipindahkan ke media yang lebih sesuai. Pertumbuhan daun sebenar menandakan anak pokok sudah mempunyai akar yang kuat untuk mencari makanan sendiri. Biasanya akan di pindahkan anak pokok apabila terdapat dua hingga empat daun sebenar. Tempoh untuk anak pokok mengeluarkan daun sebenar adalah di antara dua hingga tiga minggu selepas bercambah.

Apabila ingin memindahkan anak pokok ke atas batas atau pasu yang lebih besar, pastikan menyiram dahulu anak pokok itu. Ini agar proses penyerapan air berlangsung semasa proses pemindahan berlaku. Anak pokok memerlukan jagaan yang rapi agar proses tumbesarannya berjalan dengan baik. Cahaya matahari terik mampu membuatkan anak pokok mudah layu selepas dipindahkan. 

Pastikan jika kita memindah ke atas batas, terdapat pelindung agar anak pokok dapat berteduh selama seminggu sebelum ia kuat. Jika tanam di dalam pasu, letakkan di tempat redup dahulu sebelum pindah di tempat yang terkena cahaya matahari penuh. 

Anak pokok juga memerlukan baja untuk pembesaran yang sihat dan kuat. Apabila  pindah di tempat baharu, letakkan baja organik atau baja NPK hijau. Pembajaan berdasarkan dos yang disyorkan. Pastikan selepas kita memindah kita terus menyiram anak pokok. Kita tak mahu anak pokok kering kehausan selepas terkejut dengan persekitaran barunya. 

Jika anak pokok di biarkan atau lambat di pindahkan, berkemungkinan besar tumbesaran anak pokok akan terbantut kerana akar pokok akan mula mengeras dan berserabut di satu tempat. Jadi, pastikan kita memindahkan  anak pokok tepat pada masanya agar penanaman berjalan dengan lancar.

Seterusnya dengan air, cahaya matahari dan pembajaan yang mencukupi anak pokok akan menjadi tumbuhan yang sihat dan mengeluarkan hasil dan membekalkan makanan sayuran yang sihat untuk seisi keluarga. Sayuran yang segar dan sihat menjadikan ia sangat lazat untuk di jamah... kan!

Untuk dapatkan tips dan informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Jom lah bercucuktanam, kalau zaman dulu di panggil buku hijau... Sempena sayuran berwarna hijau kot!

#kredit kebunbandar.com

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...