11 March 2019

Cara Pastikan Tanaman Dalam Pasu Mendapat Penyiraman Air Yang Cukup Apabila Balik Kampung

Aku dapat cara pasttikan tanaman dalam pasu mendapat penyiraman air yang cukup apabila balik kampung secara tak sengaja menggodek pelbagai cerita di facebook. Seronok kesukaan aku apabila mendapat informasi ini. Bolehlah aku balik kampung dengan senang hati tanpa risau pokok tanaman kecut kering dan layu akibat tidak  mendapat penyiraman air yang mencukupi apabila pulang ke kampung.

Cara  Pastikan Tanaman Dalam Pasu Mendapat Penyiraman Air Yang Cukup Apabila Balik Kampung
Cara  Pastikan Tanaman Dalam Pasu Mendapat Penyiraman Air Yang Cukup Apabila Balik Kampung

Kalau nak balik kmpung 2 -3 hari kini senanglah. Tak ada nak risaukan tanaman tak bersiram lagi. Bolehlah bercucuktanam keliling rumah nanti. Tanam dan letak pasu depan rumah, belakang rumah dan tepi rumah. Bila balik kampung, hanya letakkan plastik berisi air dalam pasu tanaman. Senang saja kan!

Cara  Pastikan Tanaman Dalam Pasu Mendapat Penyiraman Air Yang Cukup Apabila Balik Kampung


Caranya tu tersangat mudah, hanya menggunakan plastik, dan gelang getah sahaja. Tak tercapai akalku sungguh. Masukkan air dalam plastik, kemudian ikat longgar sahaja. Kalau ikat ketat mengelembung, laju pula keluar titisan airnya. Cucuk plastik berisi air dengan hujung jarum peniti agar air keluar secara perlahan. Satu lubang saja yer!



Susun plastik ke dalam setiap pasu dengan titisan air hampir ke atas tanah. Satu plastik, satu pasu tetapi kalau pokok besar atau pasunya besar, bolehlah letak dua plastik. Air dari plastik akan menyerap ke dalam tanah. Seterusnya air dapat melembapkan tanah dan dapat memastikan pokok mendapat air yang mencukupi.

Insya'allah cara seperti ini membolehkan penyiraman bertahan selama beberapa hari. Aku dapat membayangkan kesenangan dan kegembiraan untuk pergi bercuti sebab tak perlu risau lagi pasal pokok tanaman tidak bersiram... huhu!

p/s: Aku terfikir pula kalau kemalasan melanda untuk menyiram pokok juga boleh guna cara ini.... hahaha!

#kredit  Lina Sahedin di FB page: Kebun Bandar Jom Tanam Sendiri

1 comment:

  1. Betul juga kan.. ikut cara ni senang. Takdelah pokok layu atau mati nanti

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...