26 March 2019

Cara Buat Hormon Penggalak Akar Secara Semulajadi

Kebiasaannya hormon penggalak akar ada di jual di kedai barang pertanian tapi rupanya hormon penggalak akar ini boleh di buat sendiri. Hormon penggalak akar ini cuma menggunakan  bahan yang ada di dapur sahaja. Mudahnya, tak perlu berbelanja membeli produk penggalak akar lagi apabila menghendakinya. Buat hormon pengggalak akar sendiri di rumah saja.

Cara Buat Hormon Penggalak Akar Secara Semulajadi
Cara Buat Hormon Penggalak Akar Secara Semulajadi 

Kadar pertumbuhan setiap pokok tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis pokok. Oleh itu pokok yang ingin di tanam dari keratan batang memerlukan penggalak akar supaya cepat tumbuh dengan sihat. Ada jenis pokok sukar untuk tumbuh walaupun sudah di tanam dan di beri air yang mencukupi. Penggalak akar inilah jalan penyelesaiannya.



Menggunakan penggalak akar, pokok berakar dengan elok dan pantas. Seterusnya membesar dengan subur dan berbunga serta  berbuah dengan lebih cepat dari biasa.  Jika anda mempunyai pokok yang sudah lama ditanam tapi "mati segan, hidup tak mau" bolehlah cuba kaedah ini.  Iaitu tanam kembali dengan menggunakan hormon penggalak akar ini.

Cara Buat Hormon Penggalak Akar Secara Semulajadi 


Bahan-bahan:

Bawang merah
Air


Cara-cara:

Kupas bawang merah. Kisar baang merah mengunakan blender bersama 10ml air Selepas itu masukkan bahan kisar ke dalam besen bersama 1 litr air. Kacau sebati

Tapis bahan kisar tadi menngunakan tapisan untuk mendapatkan ekstak jus bawang. Air di simpan dan hampas bawang bolehlah di buang. 

Simpan ke dalam bekas atau botol mineral. Sedia untuk di gunakan bila-bila masa.

Cara Menggunakan Ekstrak Jus Bawang Merah Sebagai Hormon Penggalak Akar


Cantas atau potong batang pokok yang mahu di tanam contohnya pokok bunga kertas. Campurkan 200ml hormon penggalak akar dari jus ekstrak bawang merah dengan 1 liter dalam satu bekas. Kacau sebati 

Rendamkan batang yang ingi di tanam selama 3 jam. Seterusnya tanam batang ke dalam pasu atau polibeg sehingga berakar. Hormon penggalak akar semulajadi ini boleh digunakan untuk semua jenis pokok yang mahu di tanam melalaui kaedah cutting atau keratan batang.

Seronok dapat tau hormon penggalak akar ini boleh di buat sendiri. Meriahlah nanti pokok-pokok di rumah baru aku dengan adanya penggalak akar ini. Pada yang gemar bercucuk tanam, informasi sebegini sangat penting dan sangat bermanafaat. Menjimatkan masa dan perbelanjaan bercucuk tanam jadinya. Bagus sekali.... huhu!

Nak pelbagai informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Untungnya ada media sosial sekarang ini, semua maklumat informasi di hujung jari saja... 

#sumber kebun bandar tanam sendiri

3 comments:

  1. nice info diy hormon penggalan akar. boleh cuba

    ReplyDelete
  2. baru tau bawang boleh buat penggalak akar..liez duk cari la cr nak tanam pokok pandan.. baru2 transfer ke tanah elok je, seminggu lepas tu mati..huhuhu

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...