16 February 2019

Tips Bibir Cantik dan Sentiasa Merah Walaupun Tanpa Memakai Gincu Bibir

Pernah tengok bibir seseorang tu lebam kehitaman semasa tidak memakai gincu bibir? Jadi, kalau macam itu seseorang itu terpaksa sentiasa memakai gincu bibir. Namun ada tips bibir cantik yang aku nak kongsikan di sini. Dengan mengamalkan tips bibir cantik ini, bibir akan sentiasa merah menyerlah bak buah delima. Tiada lagi bibir lebam kehitaman tau!

Tips Bibir Cantik  dan Sentiasa Merah Walaupun Tanpa Memakai Gincu Bibir
Tips Bibir Cantik  dan Sentiasa Merah Walaupun Tanpa Memakai Gincu Bibir

Ada yang kata wanita tanpa pemaikaian lipstick @ gincu bibir bagaikan tiada keserian wajah. Aku tak setuju dengan penyataan ini sebab ada saja yang mempunyai bibir merah secara semulajadi. Tetapi bagi yang tidak memiliki bibir merah secara semulajadi boleh cuba tips ini untuk mendapatkan bibir merah yang sudah pasti sangat natural.



Banyak cara dan petua. sebenarnya untuk memerahkan bibir ini. Ada yang menggunakan ubat gigi, bunga mawar dan susu serta pelbagai cara lagi. Cara yang ini agak berlainan sedikit dan hasilnya insya'allah sangat berkesan dan natural. Asalkan rajin mengamalkan tips ini dan menunggu hasilnya dalam seminggu ke 2 minggu bergantung pada inidividu tertentu.

Tips Bibir Cantik  dan Sentiasa Merah Walaupun Tanpa Memakai Gincu Bibir


Bahan-bahan: 

Vaseline
Gula
Baby Oil

Cara-cara:

Tips Bibir Cantik  dan Sentiasa Merah
Tips Bibir Cantik  dan Sentiasa Merah 

Dalam satu bekas, gaulkan tiga bahan bersama-sama. Angggaran dalam satu sudu setiap bahan. Gaul rata dan campurkan dengan sebati.Selepas itu, boleh terus di gunakan dan bakinya di simpan ke dalam bekas untuk di gunakan lagi.

Cara guna adalah dengan scrub bibir dengan menggunakan bahan yang telah di gaulkan tadi dalam lebih kurang 3 - 5 minit. Bilas bersih. Cara ini mampu membuang sel kulit mati di bibir dan seterusnya memerahkan bibir.

Cubalah buat. Insya'allah korang pasti berpuashati dengan hasilnya. Tiada lagi kebergantungan dengan gincu bibir. Apapun kesemuanya dengan keizinan Allah jua. Iman, amal dan tawakkal pasti menjadi. Perkongsian ini semoga memberi manafaat kepada kita semua.

Untuk pelbagai tips dan informasi klik SINI

p/s: Keberkesanan bergantung kepada individu itu sendiri... Terimakasih pada pemberi tips yang bermanafaat ini.

#kredit tips dan gambar: FB csr teman sajian

3 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...