12 February 2019

Resepi Pucuk Paku Goreng Belacan, Lazat Tak Terbayangkan Tau!

Antara sayur kampung yang paling di sukai kami sekeluarga adalah pucu paku. Sayur ini macam-macam cara boleh di masak dan kesemuanya sedap dan lazat belaka. Masak lemak cili api, kerabu, tumis air dan resepi yang ini iaitu pucuk paku goreng belacan. Cara memasak pucuk paku goreng belacan ini sama saja dengan sayur goreng belacan yang lain. 

Pucuk Paku Goreng Belacan, Lazat Tak Terbayangkan Tau!
Pucuk Paku Goreng Belacan, Lazat Tak Terbayangkan Tau!

Emm.. kecur liur di buatnya apabila melihat gambar pucuk paku goreng belacan ini yang aku masak beberapa minggu lepas. Sayur ini bukan macam sayur-sayuran lain yang biasanya di tanam oleh petani. Pucuk paku ini biasanya di kutip orang di tepi kebun dan belukar. Tak pernah dengar lagi ada orang tanam.

Namun begitu, di tempat tinggal aku ini ada di jual di mana-mana pasar dan pasar malam. Senang jugalah untuk mendapatkannya walaupun tinggal di bandar besar. Di kampung, aku biasanya kutip sahaja di kebun getah milik keluarga yang agak jauh dari rumah. Tak jauh dari rumah pun ada tapi tak banyak. 



Cara menyiang pucuk paku ini hanya di patah-patahkan batangnya tanpa menggunakan pisau. Kalau batangnya liat tak perlu ambil bahagian tu. Aku paling suka pucuk yang bergulung itu. Cantik sangat. Resepi asasnya adalah saling tak tumpah macam buat sambal belacan biasa. Cuma ada tambahan bawang putih dan bawang merah. Jomlah kita lihat resepinya.

Resepi Pucuk Paku Goreng Belacan


Bahan-bahan:

Seikat pucuk paku
10 biji cili api
2 biji cili merah
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering
Sebesar ibu jari belacan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Cara-cara:

Pucuk paku di patah-patahkan pendek, di ambil batang dan daun yang lembut serta di bersihkan. Cili api, cili merah, bawang merah, bawang putih di tumbuk lumat. Setelah lumat tumbuk bersama belacan. 

Setelah bergaul belacan dan bahan tumbuk, campurkan udang kering dan tumbuk udang kering bersama, Tak perlu sampai lumat. Hanya tumbuk kasar sahaja. Dah siap itu semua, panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.

Setelah minyak panas, masukkan bahan tumbuk atau sambal belacan tadi. Goreng sehingga naik bau bahan tumbuk tadi. Setelah itu, masukkan pucuk paku dan kacau sehingga batang pucuk paku menjadi lembut.

Sekiranya agak kering, tambah sedikit air. Ikutlah kehendak sendiri samada nak berkuah atau kurang kuah. Perasakan dengan garam dan gula. Setelah itu, bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Resepi biasa yang mudah sesangat je ni. Antara resepi sayur kesukaan kami sekeluarga. Tak sedar berpinggan-pinggan nasi di makan. En. suami tak suka sambal belacan tapi sayur ni dia suka makan pula. Tak payah sebut letak belacan nanti putus selera dia..  hehe!

Nak tengok resepi lagi di blog ni... klik SINI

p/s: Selain sayur ini, kebiasaannya kangkung, kacang botor dan bendi pun sangat sedap dan lazat di buat goreng belacan... haihh!

6 comments:

  1. Adududu.. Ngecesss kata orang Johor..

    ReplyDelete
  2. Wahhhhh sedapnya 😍 terima kasih atas perkongsian !!

    ReplyDelete
  3. dulu tak suka sangat sayur ni. tp sekarang aduhai sedap kalau masak macam ni je.

    ReplyDelete
  4. aduhai. sedap nyer :)
    aida x pernah masak.
    tapi suka makan.
    sebab jarang ke pasar utk membeli nyer.
    kat pasar raya mana ler ada kan pucuk paku.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...