Kenangan zaman dahulu takkan kembali lagi. Terus menjadi kenangan dalam lipatan sejarah. Aku ada nostalgia zaman dulu bersama opah atuk aku tentang penggunaan dapur kayu di rumah. Zaman sekarang ia telah pupus di telan zaman. Anak-anak sekarang dah tak mengenalinya lagi. Nostalgia zaman dulu ini takkan kembali lagi.
Nostalgia Zaman Dulu, Macam Dapur Kayu Opah Aku |
Waktu kecil dahulu, hampir setiap cuti sekolah hujung tahun mesti aku akan tinggal di kampung bersama opah dan atuk untuk menghabiskan cuti di sana. Masa tu seronoknya dapat bermanja dengan opah dan atuk. Rasa bahagia itu lain dengan ibubapa sendiri kerana kasih sayang opah atuk ni memang tak sama... hahaha!
Banyak nostalgia zaman dahulu yang tak akan jumpa di zaman sekarang. Antaranya menangguk ikan di sawah padi selepas musim menuai, menjemur padi sambil menghalau ayam yang nak makan padi, menyiang berkilo-kilo ikan sepat untuk di buat pekasam dan ikan kering dan macam-macam lagilah.
Nostalgia Zaman Dulu, Macam Dapur Kayu Opah Aku
Antara lain yang paling mengujakan adalah memasak segala jenis makanan dengan menggunakan dapur kayu. Kalau tak pandai menyalakan dapur kayu, alamat tak berasap dapur dan tak dapat makanlah satu rumah. Sebelum tu kena cari dan membelah kayu api dulu. Kena sentiasa penuhkan gobok bawah dapur untuk memudahkan memasak. Letih kerja tu wooo....!
Nak menyalakan api dapur tu pun kena tau teknik tertentu juga. Bahan yang di gunakan sebagai bahan membantu menyalakan adalah getah tiub basikal yanglama di potong kecil-kecil. Cucuh dengan api, seterusnya letak ke dalam kayu api yang telah di susun bersilang tindih. Susunan kayu jangan terlampau padat, mesti ada pengudaraan agar api senang menyala dan marak.
Seterusnya bolehlah memasak apa saja dengan api dapur itu. Bila kayu dah hampir habis untuk di bakar dan dapur masih nak di gunakan, tambah kayu lagi. Apabila dapur sudah tak nak di gunakan. padamkan api alihkan kayu dari dapur dan letakkan di tepi dapur tetapi pastikan ia sudah tidak berbara... Apabila memasak, berceloreng hitam muka kena habuk kayu akibat meniup api dapur... hehe!
Dapur itu dalam rumah biasanya di perbuat dari kayu yang di bentuk seperti para yang di atasnya di buat kotak besar, di lapisi zink dan di simen selapis. Di atasnya itulah di letakkan tungku untuk di letakkan periuk atau kuali. Rumah opah aku tu, ada 3 tungku atas dapur kayu ini. Boleh masak 3 jenis sekali gus tapi kalau masak pakai kuali besar hanya boleh 2 sahajalah. Di bawahnya ada gobok untuk simpan kayu api.
Sekarang, rumah arwah opah atuk aku masih ada. Adik lelaki aku sekeluarga tinggal di situ. Dapur kayu itu pun sudah tak ada sama seperti opah dan atuk yang sudah meninggalkan dunia ini. Kini, rumah pusaka itu pun sudah mengalami banyak perubahan. Dapur pun sudah di gantikan dengan dapur gas moden. Hanya tinggal nostalgia kenangan saja.
Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Gambar di sertakan ini hanya hiasan jumpa di google. Jadilah untuk di lihat sebagai kenangan...
pakcik merasa hidup zaman dapur kayu sehingglah remaja.
ReplyDeleteDapur kayu ni sangat legend sis.. LZ pun sempat jumpa dapur ini di rumah atuk..
ReplyDeleteSecara tak langsung teringat atuk nenek yang dah tiada. Sangat nostalgia..
alahai kak memang mengimbau kenangan kan
ReplyDeletedua2 belah atok nenek aida, sejak aida kenal dunia, dah moden.
ReplyDeleteada la bekas dapur kayu ni. tapi dah tak digunakan.