07 February 2019

Layan Niaga Di Shopee Je Lah!

Sana sini orang bercerita pasal membeli belah di talian. Antara laman membeli belah yang paling hot adalah shopee. Bila sudah ramai yang shopping membeli di laman web shopee, layan niaga di shopee je lah. Lebih senang, lebih mudah, layan niaga di shopee sebab laman shopee ini ibarat sebuah pasar iaitu tempat orang ramai membeli barang tetapi secara online... huhu!

Layan Niaga Di Shopee Je Lah!

Asyik membeli barang saja di laman shopee. Apa kata bertukar menjadi penjual atau peniaga yang meletakkan produk untuk di jual pula. Aku dapat tau ada yang hanya jual kerepek yang di paket semula pun boleh jual di laman shopee ini. Jual minyak wangi botol kecil yang harga borong di GM hanya RM1 tapi jual di shopee RM10 boleh dapat order berduyun-duyun. Jangan tak tau....!



Menjual di shopee ini sangat mudah. Laman web atau apps shopee ini sangat mesra pengguna dan senang di akses. Paling bagusnya tak perlu layan customer sebab semua peneranagan telah di letak lengkap. Proses jualan akan jadi lebih mudah. Tau-tau sudah ada customer membayar untuk membeli barangan.

Layan Niaga Di Shopee Je Lah!


Apa yang perlu di lakukan, hanya perlu letak gambar barangan @ produk, letak maklumat produk dan letak harga. Bila  ada orang beli akan dapat notification dari pihak Shopee. Tak perlu bersoaljawab dan  berbalas mesej di whatsapp  layan customer 24 jam yang belum tentu pun nak beli barang kita. Tau-tau dah dapat customer.

Shopee tengah popular dan trending dengan pelbagai promosi sekarang. Dengar kata, jual apa saja boleh laku keras di shopee ini. Shopee ni, pelawatnya ramai sungguh  Anggaran kasar bilangan pelawatnya dianggarkan seramai 15 juta orang sebulan.. Iaitu kira-kira 500,000 orang sehari. Kalau tak rebut peluang berniaga di shopee ini, rugiii..!

Mesti korang cakap tak reti dan tak pandai nak berniaga di shopee ini. Kalau tak tahu boleh belajar. Mari sini aku beritahu cara nak belajar niaga di shopee ini. Mudah dan mudah yang amat, hanya petik hujung jari saja. Tick, tick  dan klik sini ----> PANDUAN BERNIAGA DI SHOPEE

Jangan kata akak tak payung. Dah lebih dari payung memayungi dah. Panduan berniaga tu antara  yang terbaik yang pernah ada di alam maya @ online in tau. Semoga anda semua akan terus sukses dan beriringan bersama aku ke puncak kejayaan berniaga di shopee.

Nak baca pelbagai cerita menarik dan pelbagai informasi di blog ini klik SINI

p/s: Benda baik haruslah di kongsi, tak gittew!

2 comments:

  1. best kalau berniaga dekat shopee. hehe. dapat skit income.

    ReplyDelete
  2. yes.
    ada member yg bisnes di shopee.
    tapi tu la. ikut kan komen dia, x mudah juga.
    ada few syarat. dia skang ni byk jual brg tapi duit x release kat dia lagi.
    so, kena bebetul blaja if nak guna platform ni, kan :)

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...