Aku nak menceritakan satu bahan yang boleh menyegarkan wajah iaitu air spray bunga lawang. Ia juga boleh di jadikan sebagai toner yang bagus untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah. Air spray bunga lawang ini bolehdi buat di rumah. Sudah pasti air yang di spray ke wajah ini bebas dari bahan kimia dan murah pula tu.... hehe!
Buat Air Spray Bunga Lawang Untuk Menyegarkan Wajah Atau Sebagai Toner Untuk Wajah |
Bunga lawang satu rempah yang unik kerana ia berbentuk sekuntum bunga yang sedang mekar. Ia juga memiliki bentuk seperti bintang dengan biji kecil di dalamnya. Bunga lawan ini di gunakan secara meluas dalam masakan Melayu. Walaupun ia di katakan berasal dari Indochina dan Jepun bunga lawang juga di temui dalam ramuan masakan India dan Timur Tengah.
Bunga lawang mengandung vitamin A, C, dan zat antioksidan. Oleh itu sangat bermanfaat untuk memperlambat penuaan. Juga oleh melembapkan kulit muka, mencegah penuaan, mengecilkan liang pori yang besar dan macam-macam lagi. Jadi, jom apa tunggu lagi, kita buat air spray bunga lawang. Semudah a, b, c.
Buat Air Spray Bunga Lawang Untuk Menyegarkan Wajah Atau Sebagai Toner Untuk Wajah
Bahan-Bahan:
1 genggam bunga lawang
2 cawan air kosong atau air putih
1 botol spray (botol kecil pun cukup)
Cara penyediaannya;
Rebus segenggam bunga lawang dalam periuk bersama dua cawan air kosong atau air putih. Rebus sampai tinggal satu cawan saja. Apabila siap, tutup api dan biarkan sejuk seketika.
Dah sejuk, isikan dalam botol spray. Simpan di dalam beg dan bawa kemana-mana. Boleh di gunakan sekerap mungkin apabila merasa kurang segar atau memerlukan rasa nyaman.
Boleh juga simpan di dalam peti ais untuk kesan sejuk yang menyegarkan. Untuk sebagai toner boleh juga di gunakan dua kali sehari waktu pagi dan malam.
Bukan susah nak buatnya pun.. kan! Senang saja, cuma jangan malas-malas tau. Pastikan setiap hari spray air bunga lawang ini supaya kulit muka dapat meresap khasiat dari bunga lawang tu dengan sekata untuk memastikan keberkesanannya pada kulit wajah..
Bau rempah yang manis dan sedikit pedas ini memang menyegarkan diri bagaikan satu aromaterapi yang nyaman untuk diri. Juga khasiatnya yang banyak menjadikan ia satu bahan yang murah sebab boleh di prolehi di dapur rumah. Dan yang penting, bebas bahan kimia.
Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Nyaman, segar, macam iklan spa di kaca tv tu... Aku mula membayangkan makcik iklan tv tu baring di tepi air terjun... hahaha!
#pic fr google
First time tahu ni. Waaahh~ senang je kalau rajin. hehe
ReplyDelete