Setelah berhenti berniaga ini, van pun sudah tidak di gunakan lagi. Ada pun sekali sekala untuk memanaskan enjin agar mudah untuk di hidupkan. Setelah beberapa tahun jarang di gunakan, aku dan en. suami membuat keputusan untuk menjualnya. Biarlah van dapat pemilik baru dan di gunakan dan di manafaatkan. Setelah di iklankan beberapa kali di laman internet, akhirnya van dapat pemilik baru kelmarin.
Akhirnya Van Dapat Pemilik Baru... |
Dulu, beberapa tahun dahulu aku berniaga mengangkut produk jualan ke merata-rata tempat. Tapak ekspo, tapak event, pasar harian, pasar minggu dan juga tempat-tempat tumpuan orang. Pengangkutan untuk perniagaan aku ini adalah sebuah van Nissan Vanette tahun 2004. Kemana-mana untuk berniaga, van itulah di lanyak ke hulu dan ke hilir.
Setelah berhenti dari berniaga, van yang telah banyak menabur jasa ini tersadai tak selalu di gunakan. Lebih banyak masanya memenuhi tempat letak kenderaan di kawasan kediaman aku tinggal ini. Sudahlah kawasan letak kereta tak banyak. Berpanas dan berhujanlah ianya di situ sampaikan cat menjadi kusam dan hampir terkopak.
Akhirnya Van Dapat Pemilik Baru...
Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menjual sahaja van ini daripada menjadi reput dan buruk di mamah usia. Biarlah ia menabur bakti dengan orang lain dan tempat lain pula. Apabila di fikirkan memang sayang nak di lepaskan harta yang ada ini. Al maklum, bukannya ada banyak harta. Tapi untuk menerjah ke suatu yang lebih baik terpaksalah di lerpaskan juga.
Setelah kata muktamad di capai, aku mula mengiklankannya di laman sosial dan hebahkan kepada kawan-kawan melalui mulut ke mulut. Nilai yang kami nak itu tentulah tak jauh beza dengan anggaran harga semasa. Tapi, ramai yang bertanya dan menawarkan harga yang tak berbaloi untuk kami lepaskan harta ini. Memang taklah nak lepaskan kalau harganya rendah sangat dan tak sesuai.
Setelah dalam sebulan lebih dan 4 - 5 kali di iklankan, barulah kami bersetuju dengan pembeli baru dan bermulalah episod proses tukar nama di puspakom dan seterusnya di JPJ. Pemilik baru van kami ini tinggal di Seremban. Dua tiga hari lalu puaslah aku ke sana sini membuat urusan sebab van ini di daftarkan atas nama aku. Selesai sudah urusan dan pembayaran telah di buat, van pun bertukar tangan.
Tinggal kenangan sajalah van Nissan Vanette ini yang pernah menjadi milik aku selama lebih kurang 6 - 7 tahun. Harga yang aku bagi ini memang sangat berbaloi bagi dia untuk mendapatkan van yang cantik berkilat dan elok enjinnya lagi. Sepanjang van ini di gunakan, tiada banyak masaalah pernah kami hadapi. Kerosakan sikit-sikit itu biasalah.
Duit yang dapat hasil jualan van ini nak buat modal beli kereta baru anak untuk di gunakannya. Bulan depan dia nak bawa untuk pergi praktikal. Sekarang ini tengah mencari dan merisik kereta yang sesuai. Nak beli kereta terpakai sajalah.. huhu!
Nak baca pelbagai cerita dan informasi di blog ini, klik SINI
Nak baca pelbagai cerita dan informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Beli kereta terpakai je untuk anak. Dia dah kerja nanti, pandai-pandailah beli sendiri... hehe!
alhamdullilah
ReplyDeletekenangan...
ReplyDeletetapi dikorbankan demi dimanfaatkan :)
nice.
kenangan baru bakal tercipta oleh owner baru.