08 January 2019

Resepi Masak Meehoon Goreng Bajet Yang Sangat Mudah

Kali ini aku nak kongsi resepi masak meehoon goreng bajet yang sangat mudah. Kalau sudah namanya bajet, maksudnya bahan-bahannya mestilah bajetnya sikit dan rendah juga. Bila di buat dengan cara yang betul meehoon goreng bajet ini, rasanya dan rupanya mesti sedap dan tak jauh beza dengan yang biasa di buat itu.

Resepi Masak Meehoon Goreng Bajet Yang Sangat Mudah

Kebiasaannya meehoon goreng bajet ini di buat orang untuk di jual dengan harga yang murah iaitu RM1 satu bekas atau mungkin lebih murah lagi. Juga di tempah orang untuk di buat majlis keramaian contohnya seminar pelajar sekolah, majlis mesyuarat penduduk dan juga majlis jamuan yang bajetnya ciput saja.

Selain meehoon sebagai bahan utama. Perencahnya adalah udang kering atau ikan bilis. Tapi udang kering lagi sedap dan wangi. Selain itu sayur taugeh, kucai atau sawi. Kalau untuk kanak-kanak sayur taugeh sudah memandai. Untuk majlis orang dewasa seeloknya masukkan sedikit kucai bersama taugeh. bau dan rasanya lebih enak dan wangi. 



Sawi juga antara pilihan yang boleh di masukkan tetapi harga sawi mahal sedikit. Masak di rumah meehoon bajet ini aku suka letak sawi. Selain itu jika suka boleh letakkan fish cake atau kek ikan yang di potong kecil iaitu kalau anggaran sepaket meehoon 1 keping fish cake. Kalau nak benar-benar bajet tak perlulah letak. Lupa, masukkan juga sebiji telur. Ini pun kalau benar-benar bajet, abaikan... hahaha!

1 paket meehoon boleh dapat dalam antara 10 ke 12 bekas. Kalau 5 paket meehoon boleh dapat 50 - 60 bekas.  Biasanya orang tempah untuk majlis kecil dalam 50 ke 60 bekas sahaja. Modal dalam RM20 - RM25 lebih kurang sahaja. Bolehlah tu buat berniaga katering kecil-kecilan. Tak gitu...?

Aku biasa buat meehoon goreng bajet ini di rumah sendiri sahaja. Jarang ambil tempahan kecuali untuk majlis sendiri atau tempat kerja suami. Itu dulu lah masa tempat kerja suami yang lama. Tempat sekarang ada katering sendiri. Jadi masak untuk makan sendiri kat rumah sajalah. Tapi bajet aku ni tengok apa yang ada di peti sejuk juga... hahaha!

Resepi Masak Meehoon Goreng Bajet Yang Sangat Mudah


Bahan-bahan:

1 paket meehoon
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 hiris halia
1 cawan taugeh dan kucai atau sepokok sawi
1 sudu makan udang kering atau ikan bilis
2  sudu makan cili giling
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap
1 biji telur ayam
1 keping fish cake
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk  perasa - jika perlu
Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

Meehoon di basuh bersih dan rendam sekejap sementara nak menyiapkan bahan-bahan lain. Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Tumbuk bersama udang kering atau ikan bilis. 

Taugeh dan kucai atau sawi di buang akarnya./ di potong  dan dibersihkan. Fish cake di hiris dan di potong kecil. 

Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali dan masukkan bahan tumbuk. Tumis sehingga berbau wangi dan mula kekuningan. Masukkan cili giling dan di goreng hingga garing. 

Masukkan sos cili, sos, tiram dan kicap. Kacau semua bahan sehingga sebati. Masukan sayuran iaitu samada taugeh dan kucai atau sawi. Masukkan juga fish cake. Kacau sehingga sayuran nampak kecut dan layu.

Seterusnya masukkan meehoon yang di rendam tadi. Tak perlu toskan cuma jangan masukkan air rendam itu sekali. Kacau sebentar dan masukkan pula garam, gula dan serbuk perasa jika perlu. Sentiasa pastikan rasa meehoon sesuai dengan citarasa.

Kacau sebati semua bahan di dalam kuali. Jika meehoon nampak kurang lembut, masukkan sedikit air. Kacau lagi sehingga sebati. Buat begitu berulang kali sehingga meehoon menjadi lembut dan rasanya pun sebati.

Bila sudah masak, boleh di angkat dan di hidangkan atau sejukkan terlebih dahulu sebelum di masukkan ke dalam bekas. 

Dari resepi ini kalau nak buat banyak, gandakanlah kuantiti perencahnya ikut kesesuaian sendiri. Ikut kuali besar yang ada di rumah aku, sekali buat boleh 3 bungkus sahaja. Itu pun dah rasa nak patah pinggang nak mengacaunya... hahaha!

Nak lihat pelbagai resepi di blog ini, klik SINI

p/s: Sesaja kongsi, semoga bermanafaat... !

4 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...