Cerita gulai patin tempoyak ini bermula dari suatu hari en. suami bawa balik sebotol tempoyak. Bersorak aku kegembiraan di buatnya. Terkejut sebab biasanya bila di suruh beli baru nak membeli. Al maklum en. suami tak makan tempoyak. Rupanya dia terjumpa kawan lama jual tempoyak di kawasan tepi Mydin tu. Esoknya aku minta pula en. suami ke pasar membeli ikan patin dan rebung untuk di jodohkan dalam periuk menjadi gulai patin tempoyak bersama rebung...walla!
Gulai Patin Tempoyak Bersama Rebung, Sedapnya.... |
Minggu lepas aku masak lauk ini. Suka anak-anak dapat makan gulai kegemaran mereka. Bila masak lauk ini kena lebihkan tanak nasi. Takkan cukup seperiuk yang biasa tu. Walau pun memasak gulai tempoyak ini jadi leceh sebab en. suami tak makan tempoyak, jadi kena masak lauk lain untuk dia. Paling mudah masakkan telur dadar masak sambal sajalah untuk en. suami.
Sebelum memasak ikan ini kena buang rasa hanyir ikan ini dengan betul. Biasanya aku lumur dan rendam dengan air limau nipis atau air asam jawa lebih kurang 15 minit. Selepas itu basuh bersih. Barulah ikan itu hilang bau hanyir dan rasanya apabila di masak lebih sedap. Resepi aku adalah resepi biasa yang paling mudah cara opah aku masak. Tak sama macam masak tempoyak orang Pahang yer!
Resepi Gulai Patin Tempoyak Bersama Rebung, Sedapnya....
Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin saiz sederhana
1 cawan tempoyak
1 mangkuk rebung jeruk
10 biji cili api
1 biji cili merah
1 inci isi kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
Ikan patin di potong-potong dan di bersihkan serta di lumur air asam jawa atau dalam jus limau nipis serta di biarkan selama lebih kurang 15 minit. Bersihkan kembali sebelum di masukkan dalam gulai nanti. Ia untuk menghilangkan hanyir pada ikan.
Rebung jeruk di bersihkan dan di buang airnya yang masam. Cili api, cili merah dan isi kunyit di tumbuk lumat. Selepas itu didihkan bahan tumbuk dengan air secukupnya di dalam periuk. Masukkan juga tempoyak.
Masukkan juga rebung. Seterusnya masukkam ikan patin ke dalam periuk. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mendidih beberapa kali dan pastikan rasanya sesuai dengan citarasa lidah sendiri iaitu cukup dengan rasa masam, masin dan manisnya.
Setelah itu bolehlah di angkat dan di hidangkan untuk juadah tengahari dan malan atau kedua-duanya sekali. Itu saja resepi gulai tempoyak ringkas aku...
Senang dan tak renyah masak gulai tempoyak cara opah aku ini sejak turun temurun. Tak perlu letak macam-macam bahan iringan lagi. Hanya rebus, rebus dan rebus saja dah boleh jadi lauk yang sedap. Yang penting ada bahan utama iaitu tempoyak.
Nak tengok pelbagai resepi di blog ini klik SINI
p/s: Terima kasih pada en. suami yang tahu kesukaan anak isteri dia. Kalau terjumpa beli lagi yer... hehe!
sedapnya...
ReplyDelete#jmbelog
Ya Allah.... saya pun jadi terliur melihat patin tempoyak ni...sedapnya!
ReplyDeletewahhh. ssedap :)
ReplyDelete