01 January 2019

Raikanlah Tahun Baru Cina 2019 Di Tung Yuen Chinese Restaurant Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Tahun Baru Cina 2019 akan bermula pada 5 Februari 2019. Sesi makan besar telah menjadi satu tradisi bagi keluarga kaum Cina semasa sambutan ambang Tahun Baru dan tradisi ini merupakan simbolik kepada perpaduan dalam sesebuah keluarga. Semasa sambutan Tahun Baru Cina 2019 ini, masyarakat sekali lagi berpeluang untuk berkumpul bersama keluarga serta dapat mengeratkan hubungan dan menikmati detik-detik indah bersama orang tersayang. Saat-saat penting ini semestinya perlu disambut dengan sesi makan yang tidak akan dapat dilupakan di Grand BlueWave Hotel Shah Alam. 

Hidangan Tahun Baru Cina 2019 Di Tung Yuen Chines Restaurant Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Hidangan Tahun Baru Cina 2019 Di Tung Yuen Chines Restaurant Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Untuk mengalu-alukan perayaan ini, Grand BlueWave Hotel Shah Alam telah memperkenalkan menu untuk perayaan Tahun Baru Cina 2019 iaitu Halal Auspicious Yee Sang, Poon Choy Set, dan Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu yang disediakan ekslusif oleh Chef Chinese Cuisine, Chef Patrick. Menu-menu yang menarik ini boleh didapati di Tung Yuen Restaurant, Aras 1 dari 15 Januari hingga 28 Februari 2019, bermula dari jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang untuk makan tengahari manakala untuk makan malam, ia bermula dari jam 6.30 malam hingga 10.30 malam.

Hidangan Tahun Baru Cina 2019 Di Tung Yuen Chines Restaurant Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Hidangan Tahun Baru Cina 2019 Di Tung Yuen Chines Restaurant Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Auspicious Yee Sang, sejenis pembuka selera yang perlu ada semasa Tahun Baru Cina. Tetamu boleh memilih dari empat pilihan mewah kami iaitu Yee Sang dengan Abalone yang dihiris dan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan dan Sayuran Tuna Yee Sang. Harga bermula dari serendah RM40.00 +.


Selain itu, hidangan yang wajib ada semasa sambutan Tahun Baru Lunar ialah Poon Choy Set. Terdapat dua jenis Poon Choy Set di Restoran Tung Yuen di mana Set A berharga dari RM988.00+ dan Set B yang berharga dari RM1288.00+, sesuai untuk 10 orang. Poon Choy ialah satu hidangan tradisional Cina yang menjadi kebiasaan di China dan dihidangkan dalam kayu besar, porselin atau peti logam. Special Take Away Prosperity Pot “Poon Choy” juga boleh didapati dengan harga RM680.00 + (termasuk Pot Stainless Steel). 

Hidangan Tahun Baru Cina 2019 Di Tung Yuen Chines Restaurant Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Hidangan Tahun Baru Cina 2019 Di Tung Yuen Chines Restaurant Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Untuk melengkapkan lagi kerseronokan semasa Tahun Baru Cina, kami turut menyediakan Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu yang menyelerakan, sesuai buat seisi keluarga dan perjumpaan syarikat atau bersama rakan-rakan mahupun rakan perniagaan. Menyediakan empat set menu iaitu, Auspicious Good Luck berharga dari RM1088.00+, Joyful Reunion berharga dari RM1288.00+, Auspicious Good Health berharga dari RM1488.00+. Ketiga-tiga menu ini sesuai untuk 10 orang. Manakala, Super Value Auspicious Good Health ditawarkan dengan harga RM898.00+ dan sesuai untuk 6 orang.

Tetamu digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu di Tung Yuen Chinese Restaurant melalui talian 03-5511 8811 ext. 2616 atau Bahagian Telepemasaran 2724. Semua harga adalah tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan. Selain itu,Tung Yuen Chinese Restaurant diiktiraf dengan sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. 

Sedikit maklumat tentang Tung Yuen Chinese Restaurant ialah restoran Cina yang terletak di Aras 1, Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Ia menawarkan pelbagai jenis masakan Cina. Restoran ini telah memperoleh pengesahan rasmi HALAL dari JAKIM pada 1 November 2009. Oleh itu, restoran ini menyajikan 100% masakan Cina yang Halal di Hotel Bintang Lima Asia Tenggara Pertama Terakreditasi dengan Mesra Halal. 

Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) ialah sebuah hotel bertaraf lima bintang terletak di Selangor, Malaysia. Ia telah diberi penarafan Hotel Halal yang paling sesuai dengan kedudukan 7 oleh Crescentrating. Ia merupakan hotel pertama di Malaysia dan serantau yang mendapat penarafan tertinggi seperti itu. 

Flyers Senarai Harga Tahun Baru Cina 2019 Di Tung Yuen Chines Restaurant Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Flyers Senarai Harga Tahun Baru Cina 2019 Di Tung Yuen Chines Restaurant Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Harga : 

1. Auspicious Yee Sang dari RM40.00nett 

2. Golden Prosperity CNY Set Menu 
– RM1088.00+ (Auspicious Good Luck, 10 pax) 
– RM1288.00+ (Joyful Reunion, 10 pax) 
– RM1488.00+ (Auspicious Good Health, 10 pax) 
– RM898.00 nett (Super Value Auspicious Good Health, 6 pax) 

3. Poon Choy Set – RM1288.00+ (Set A) dan  RM988.00+ (Set B) 

4. Special Takeaway Prosperity Pot – RM680.00+ (Termasuk Stainless Steel pot) 

Hari :                   Isnin – Ahad (7 hari seminggu) 

Masa :                 11.30 pagi – 2.30 petang (Makan tengahari) 
                            6.30 petang – 10.30 petang (Makan malam) 

Tempat :              Tung Yuen Chinese Restaurant, Aras 1 

Pengurus Hotel : Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim 

Chef Cina :          Chef Patrick Ng


“Semoga di Tahun Baru Cina ini, anda dikurniakan kesihatan, kekayaan dan usia panjang. Semoga mendapat ketenangan dan kedamaian sepanjang tahun. Gong Xi Fa Chai!”

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...