Pergi trip ke majlis perkahwinan di Kuala Kangsar hari tu, dapat juga merasa makan laksa di tepian sungai Perak yang sering di sebut-sebut orang sampai menjadi viral itu. Di Kuala Kangsar inilah makanan yang paling di cari orang sekarang. Pada masa aku tinggal di sini dulu, tak ada pula seperti sekarang. Sampai jadi viral kini sehingga teringin aku nak merasa makan laksa kuala di tepian sungai Perak. Dapat juga akhirnya.... hehe!
Merasa Makan Laksa Kuala Di Tepian Sungai Perak @ Medan Cendol & Laksa Kuala Kangsar |
Tempatnya di sebelah kedai-kedai kraftangan di tepi lembah ataupun di tepian sungai perak itu sahaja. Suasana di tempat makan ini seperti kawasan gerai- gerai makan yang biasa @ orang panggil food court. Bezanya hanya ia terletak hampir di tepian sungai Perak. Cantik pemandangan sungai dari situ. Kebanyakan gerai di sini ada menjual laksa. Aku dan kawan-kawan pilih gerai paling hujung di sebelah kiri.
Aku tertanya-tanya apa bezanya laksa kuala ini dengan laksa di tempat lain. Rupanya beza laksa ini adalah mee laksanya di perbuat dari tepung gandum. Jadi rasanya lebih lembut dan rapuh serta tidak kenyal seperti laksa yang di perbuat dari tepung beras. Rupa laksa tepung gandum agak nampak putih yang lain sikit dan tidak putih jernih seperti mee laksa yang biasa.
Merasa Makan Laksa Kuala Di Tepian Sungai Perak @ Medan Cendol & Laksa Kuala Kangsar
Kuah dan perisanya lebih kurang sama saja dengan laksa biasa cuma laksa kuala ini lebih cair tapi tidak pula merosakkan rasanya yang penuh dengan perisa ikan yang telah di hancur lumatkan. Sebelum ke Kuala Kangsar memang sudah ada keinginan nak makan laksa. Nak masak sendiri, tiada kerajinan pula. Memang bagaikan pucuk di cita ulam mendatang dapat makan laksa kuala ini... haha!
Di situ pada masa itu, semua dari kami order laksa kuala, Tapi mereka semua makan bersama cendol. Aku pula makan laksa kuala bersama air sirap limau. Rasa laksa kuala yang aku makan ini sedap jugalah pada tekak aku. Dapatlah lepaskan rasa keteringinan aku ini. Tapi, kata kawan-kawan aku ada lagi tempat yang lebih lagi sedapnya. Hmmm.... bawalah aku nanti rasa ketempat yang sedap lagi tu!
Gambar Kenangan Makan Laksa Kuala Di Tepian Sungai Perak @ Medan Cendol & Laksa Kuala Kangsar |
Di kedai laksa kuala tu, sempat kami berbual dengan tuanpunya gerai iaitu Kak Normah. Banyak cawangan kedai laksa kuala dia katanya. Sampai ke Pulau Pinang dan Putrajaya pun ada. Perniagaan lain pun dia ada. Perniagaan-perniagaan ini di uruskan oleh anak-anaknya. Canggih jugalah, dengan jual makanan saja tu... kan!
Kawan-kawan aku ini, ada yang bawa balik laksa untuk keluarga di rumah. Ada juga yang beli mee laksa sahaja dan kuahnya buat sendiri di rumah. Aku hanya makan di situ sahaja. Kata diorang mee laksa yang dari tepung gandum tiada di tempat lain. Hanya di Kuala Kangsar ini saja yang ada. Rasa lebih puas makan, kata mereka. Aku tak tahulah, betul ke tidak, mereka yang kata... huhu!
Nak baca cerita lain di blog ini, klik SINI
p/s: Tak kisahlah, yang penting dapat makan laksa kuala... Laksa lubuk, laksa bawah pokok, laksa jambu tu lain kalilah aku pergi untuk merasa... haihh!
sedapppp nya laksa, kegemaran iollss...
ReplyDelete