Masak Lemak cili api lagi. Tak jemu-jemu en. suami dengan gulai cili apinya. Kali ini cendawan kukur @ kulat sisir campur pegaga dan labu. Meriah dengan 3 jenis sayur sekaligus tu. Sedap, lazat dan terangkat seperti kebiasaannya... huhu!
Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur, Pegaga Dan Labu |
Bukan hanya en. suami yang suka maskan ini. Anak-anak pun sangat suka ulai masak lemak cili api ini. Sudah namanya berketurunan orang Negeri Sembilan, dalam seminggu mesti 2 atau 3 kali ada lauk ini aku masakkan untuk mereka. Untuk kesedapan di tekak, bukan di kiranya lemak dan kalestrol tinggi.... haihh!
Setiap kali masak, bahan-bahan asas adalah sama cuma bahan utama saja yang bertukar ganti. Apa yang di beli en. suami, itulah yang aku masak iaitu ikut keinginan en suami. Masak lemak cili api ini unik, bukan hanya ayam, ikan dan daging boleh jadi gulai masak lemak cili api. Hanya bahan sayuran sahaja pun boleh jadi masak lemak cili api yang sedap.
Kepedasan itu ikut tahap seseorang itu jugalah. Kami sekeluarga memang jenis pedas yang tahap agak tinggi punya. Jadi memang betul-betul pedas ikut kehendak en. suami. Masa dulu-dulu aku pun tak tahan. Tapi sekarang sudah terbiasa, kebal dah. Kata en suami lebih pedas, lebih bagus. Barulah ada keseimbangan rasa pada masak lemak cili api tu. Kalau tak terasa pedasnya, jadi tak berapa sedap lah masakan ini tau... argh!
Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur, Pegaga Dan Labu. Meriah Sayurnya....!
Bahan-bahan:
1 cawan cendawan kukur
1 ikat pegaga
Suku dari sebiji labu saiz sederhana
2 cawan santan pekat
17 biji cili api
1 inci isi kunyit (besar ibu jari)
2 biji bawang merah (kecil)
1 batang serai
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit
2 sudu besar ikan bilis
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
Cendawan kukur di bersihkan iaitu di buang kulit kayu padanya. Di basuh bersih untuk membuang pasir pada cendawan kukur jika ada. Pegaga di bersihkan dari akar dan batang kerasnya dan di basuh bersih. Labu di buang kulit dan di potong-potong.
Cili api di tumbuk bersama isi kunyit hingga lumat. Setelah itu tumbuk lagi bersama bawang merah dan bawang putih. Serai di titik hujungnya dan daun kunyit di carik-carik sahaja.
Selepas tu masukkan bahan tumbuk kedalam periuk bersama serai, daun kunyit dan ikan bilis yang telah di buang kepala dan isi perutnya. Masukkan juga secawan santan pekat dan secawan air. Masukkan sekali asam keping. Didihkan periuk bersama bahan-bahan tumbuk. Seterusnya masukkan sayuran cendawan kukur, pegaga dan labu.
Sentiasa kacau bahan di dalam periuk untuk mengelakkan santan berketul dan pecah minyak. Pastikan labu empuk dan masukkan secawan lagi santan serta perasakan dengan garam dan gula. Kalau nak lebih berkuah, boleh tambah lagi air.
Masukkan garam dan gula sedikit demi sedikit sambil merasa bahan masakan untuk memastikan mendapat rasa yang bersesuaian. Seterusnya bolehlah di angkat. Hidangkan untuk di makan waktu makan tengahari atau malam.
Diet aku dah lama hancur berkecai. Makan sepinggan dua tak berkecukupan. Asyik tambah menambah nasi di pinggan saja. Ada pula sambal belacan dengan ikan sepat masin goreng. Memang tersandar kekenyangan lah aku. Gemuk, membulat dah. Apo nak di kato.. hahaha!
Nak dapatkan pelbagai resepi masakan di blog ni... klik SINI
p/s: Entah apalah lagi bahan untuk di jadikan lauk akan di beli en suami tu... hihi!
Sedapnya cendawan kukur ini.. Kat sini tak ada pula nampak orang jual..
ReplyDeleteAlahai sedap sungguh lauk ni..
ReplyDeleteLama sangat LZ tak rasa cendawan kukur..
Nampak menyelerakan..
sedap sangat masakan ni. saya pun suka. tapi bila teringat santan aduhaiii. kolestrol xD
ReplyDelete