Makanan Yang Di Iklankan Dalam Gambar Dengan Yang Realiti Tak Sama | Kisah sebenar tentang gambar untuk pengiklanan yang wajar kita ketahui. Jangan kisahkan kenapa ayam goreng rangup yang di iklankan nampak rangup menyerlah warnanya tetapi apabila sampai kepada kita adalah ayam goreng yang kusam dan tak berapa nak rangup. Makanan yang di iklankan dalam gambar mesti kena nampak menggiurkan untuk tarikan pelanggan.
Makanan Yang Di Iklankan Dalam Gambar Dengan Yang Realiti Tak Sama | Inilah Yang Di namakan "Food Stylist" |
Itu pasalnya apabila aku pernah lihat pengiklanan pizza oleh sebuah restoran terkenal memang sangat cantik. Susunan bahan-bahan di atas pizza sungguh cantik tersusun dan nampak sangat lazat. Apabila pergi ke restoran dan buat tempahan, dapat pizza tengok bahan-bahannya bersepah bersepai atas pizza. Nasib baik sedap untuk di makan... hahaha!
Janganlah mudah tertipu dengan iklan makanan yang di siarkan di media sosial. Lebih-lebih lagi makanan segera. Anggapan yang terlalu tinggi nanti akan buat kita kecewa saja. Itu semua telah di reka dan di olah oleh pakar food stylisr dan jurukamera professional. Mestilah akan jadi cantik dan nampak segar kerana sudah di ubah suai dengan gaya yang kreatif.
Makanan Yang Di Iklankan Dalam Gambar Dengan Yang Realiti Tak Sama | Inilah Yang Di namakan "Food Stylist"
Pernah lihat di kaca tv cara pakar food stylist mencantikkan sebiji burger untuk di iklankan. Sayur salad dan daging burger di sapu minyak untuk nampak segar dan tomato pula di sapu pengilat kuku untuk nampak berkilat apabila di ambil gambar. Banyak lagi sebenarnya teknik tersembunyi mereka untuk membuatkan sebiji burger menggiurkan dalam gambar. Ini hanya sebahagian dari beberapa langkah sahaja.
Untuk gambar lempeng nampak cantik dengan madu yang meleleh dalam gambar pula ada cara mereka iaitu menggunakan minyak pelincir motor untuk menampakkan madu cantik dan indah. Ayam panggang pula tak perlu di panggang, cuma di cat dengan pewarna agar nampak seperti telah di panggang dan di sapu minyak dan pengilat agar nampak berkilat dan lazat. Jimat masa dan mudah kerjanya.
Sudah tentu makanan ini tidak boleh di makan selepas di ambil gambar sebab telah tercemar dengan bahan yang tidak sesuai untuk di makan. Hasilnya gambar sangat cantik apabila menggunakan sedikit trik begini. Menyerlah dan terserlah gambar makanan dengan trik sentuhan food stylist. Jadi tak perlu di hairankan apabila makanan tak sama seperti gambar. Asalkan sedap, sudah...!!
Nak dapatkan informasi di blog ini... klik SINI
p/s: Gambar aiskrim biasanya bukan aiskrim sebenar. Dalam tv yang aku lihat itu mereka menggunakan kentang lecek yang di warnakan. Tak percaya... kan!
#pic fr google
alamak, hehehe gambar mesti lawo ye
ReplyDeleteBtw, dah update dalam blog list untuk SEGMENT BLOG LIST AZLINDA ALIN 2019. Tahniah terpilih :) !
tak mcm dlm gambar xD
ReplyDelete