11 January 2019

Kisah Kucing Rita Rudaini, Pekan Hilang. Alhamdulillah Dah Jumpa...

Kisah yang menarik perhatian aku apabila rajin membaca instagram para artis minggu ini adalah kisah kucing Rita Rudaini hilang. Alhamdulillah setelah beberapa hari, akhirnya jumpa kembali. Aku teruja pula nak mengikuti rentetan cerita kisah kucing Rita Rudaini ini yang bernama Pekan. Kasihan tuan punya kucing apabila kucing hilang. Orang yang pernah merasa sahaja tau bagaimana rasanya kehilangan. Nasib baik jumpa kembali.

Kisah Kucing Rita Rudaini, Pekan Hilang. Alhamdulillah Dah Jumpa...
Kisah Kucing Rita Rudaini, Pekan Hilang. Alhamdulillah Dah Jumpa...

"Ala... kucing saja pun, itupun nak kecoh" kata sesetengah orang dalam instagram Rita Rudaini. Rasa nak tampar saja pada orang yang berkata begitu. Kucing pun makhluk bernyawa dan apatah lagi Rita menjaganya dari kecil dan di layan bagaikan anak sendiri. Apa rasanya bila hilang anak. Begitulah rasanya bila kucing itu hilang. 



Kucing Pekan ini bukan kucing dari baka sembarangan. Kucing cantik baka luar negara iaitu "British Shothair" tu. Ada harga di pasaran. Walau apapun nasihat aku pada  pencinta kucing sekiranya nak membeli kucing kena pastikan ia bukannnya dari hasil kucing yang di curi. Kasihan tuan  punya kucing apabila kehilangan kucing kesayangan mereka. 

Kisah Kucing Rita Rudaini, Pekan Hilang. Alhamdulillah Dah Jumpa...


Setelah Rita Rudaini mencari beberapa hari di segenap pelusuk taman perumahan dan sekeliling bandar Semenyih dan seterusnya membuat laporan polis, barulah kucing yang bernama Pekan itu di temui. Apabila aku membaca Rita megucapkan syukur alhamdulillah pagi semalam, aku yang terasa sebak dan terus mengucapkan alhamdulillah juga. Dapat aku rasakan betapa leganya Rita setelah Pekan di jumpai.

Untuk Rita, tak perlulah nak mating kan kucing di tempat orang. Kalau nak, datang rumah Rita, nanti hilang lagi. Hati orang kita tak tahu, walaupun orang yang di kenali. Entah apa yang di buatnya sampai Pekan lari keluar sangkar. Itupun kalau betul, mungkin sudah di jualnya pada orang.  Macam-macam perkara boleh berlaku... huhu!

Macam-macam cerita dan andaian di katakan dalam kehilangan Pekan ini. Walaupun hal sebenar belum terungkap, asalkan Pekan telah di jumpai dengan selamat ia sudah memandai. Sekiranya Rita dan kucingnya di inaya orang, biarlah orang itu mendapat balasan yang setimpal dengan penginayaan itu. Geram tau...!

Nak baca catatan di blog ini, klik SINI

p/s: Dah pernah rasa perasaan hilang kucing, letih, sedih dan puas mencari.... Akhirnya jumpa dalam keadaan kotor, kurus dan lapar. Trauma pula tu, takut dengan orang. Tapi sekarang, kucing tu dah mati  sakit tua... :(

#pic fr IG ritrud727

2 comments:

  1. mmg cemas kucing kesayangan hilang. kucing saya hilang tak jumpa2 dah sah2 org curik huhu

    ReplyDelete
  2. Memang trauma kalau kucing hilang...Mine also dulu penah lari rumah dalam taman...7 hari baru dia balik ..nasib baik pandai cari rumah..Balik sampai habis muka comot. Main dekat bendang rasanya...Bdw, this is my page: https://itsmesalrini.blogspot.com/ ...kindly visit ya.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...