07 January 2019

Kenapa Jadi Blogger, Ehh.... !

Mula-mula tau aku seorang blogger, ada yang tanya. Kenapa jadi blogger, ehhh? Entah, tapi aku selalu berfikir dan meluahkan fikiran aku pada kertas. Itu dululah masa tak ada media sosial seperti sekarang. Bila ada kesempatan dan masa lapang, mesti ada saja nak di tulis. Sekarang mudah, hanya tulis saja di blog. Kenapa jadi blogger, sebab aku minat menulislah jawabnya... kan!

Kenapa Jadi Blogger, Ehh.... !
Kenapa Jadi Blogger, Ehh.... !

Mula-mula menulis di blog ini, aku tak  terfikir tulisan aku ini akan di baca oleh orang lain. Cuma suka-suka bercerita, luahkan sesuka hati cerita dan sesedap rasa apa yang ada di fikiran. Merepek meraban menulis cerita itu biasalah. Ada kalanya ada juga terputus dan kering idea juga tapi rajinlah membaca. Mesti dapat idea.... hehe!



Bila sedar blog aku di baca orang, mulalah gelabah. Risau ada yang tak kena atau tak di sukai dan seterusnya menimbulkan riak dalam diri pula. Itu pada mulanya saja. Setelah terbiasa, aku dah tak kisah tapi aku mula lebih berhati-hati dalam penulisan. Tak adalah semua perkara dalam kehidupan aku nak di tulis. Aku tulis yang tak memudaratkan kehidupan saja lah. Hal peribadi simpan untuk diri sendiri dan keluarga sajalah.

Kenapa Jadi Blogger, Ehh.... !


Selain itu aku tulis perkara yang aku tahu dari pengalaman hidup dan dari pembacaan. Blog aku ini mula berkembang sedikit demi sedikit. Mula berkenalan dengan khalayak blogger. Aku terus belajar lebih mendalam perihal blog ini. Mula belajar letak iklan dalam blog. Iklan pertama yang mudah sajalah iaitu nuffnang.

Seterusnya dapat pula bayaran dari produk yang aku tulis di blog. Mulalah seronok apabila boleh menjana pendapatan. Dapt pula barang-barang apabila aku cerita pasal produk dan barang di blog. Lagilah seronok menulis blog ni. Sesekali pergi juga ke acara-acara pelancaran produk dan hotel. Tapi bukan selalu, langkah tak panjang dan tak boleh pergi jauh-jauh (tak berani memandu walau ada lesen)... hahaha!

Sekarang, sejak setahun lebih yang lalu iklan adsense sudah melekat di blog. Bertambah rajin aku nak menulis blog. Walau ada kekangan waktu dan idea, aku redah jua untuk kekal aktif. Susah tapi bukanlah terlalu payah. Duduk kat rumah saja pun, sambil kemas rumah, jaga makan minum keluarga dan tengok pelbagai proram TV, aku berkarya terus sebagai blogger.

Bukan macam skim yang entah apa-apa tu, katanya 'duduk diam dapat duit'. Nampak sangat penipunya. Duduk-duduk juga tapi tetap kena buat kerja untuk dapat pendapatan. Boleh bantu keluarga mencukupkan perbelanjaan dapur dan seterusnya boleh beli apa yang di hajati sendiri tanpa mengharapkan duit suami.

Sedikit pesanan, jadilah blogger daripada sibuk menulis pelbagai perkara dan cerita sensasi di FB. Ramai kawan-kawan di FB, aku dapati pandai menulis sebenarnya tapi cuma hanya membebel di FB. Ajak berblog, banyak alasan di berikan iaitu antaranya tak pandai menulis tapi boleh pula rajin dan aktif menulis di FB. Mungkin sebab menulis di blog tak nampak khalayak yang membaca tapi di FB dapat banyak 'like'. Suka kan perhatian tu... kan!

Perkara paling seronok sekarang  ni, suka sangat tengok pengunjung blog semakin banyak dan pendapatan sentiasa beranak-pinak. Dengan minat menulis yang ada dalam diri aku, akhirnya dapat di tukarkan dengan pendapatan yang agak lumayan. Itulah salah satu sebab kenapa jadi blogger, Ehh...!

Nak baca banyak lagi catatan di blog ini, klik SINI

p/s: Apa yang aku dapat dari menjadi blogger, memang tak terjangkau dek akal dan sudah semestinya sangat best... huhu!

#pic fr google

4 comments:

  1. bila dah jadi blogger pasti ada idea

    ReplyDelete
  2. Hehehe bagus.. dr membebel kat fb.. kan.. baik buat blog. Setuju sgt

    ReplyDelete
  3. yes betul tu. saya pun masih belajar lagi untuk menjadi blogger yang lebih baik. jemput singgah baca blog saya
    https://nurulnajihah38.blogspot.com/2019/01/new-year-new-goals-i-2019.html

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...