02 January 2019

Dapat Juga Merasa Solat Di Masjid Diraja Kuala Kangsar @ Masjid Ubudiah

Waktu turut serta ke majlis perkahwinan di Liman Kati, Kuala Kangsar, sempat aku bersama kawan-kawan singgah di Masjid Diraja Kuala Kangsar @ Masjid Ubudiah. Usai ke majlis perkahwinan itu hari sudah beransur ke petang. Jadi, untuk membersihkan diri dan menunaikan solat kami singgah ke Masjid Diraja Kuala Kangsar @ Masjid Ubudiah ini. Bak kata pepatah, 'sambil menyelam minum air, jadi dapatlah melihat dari dekat masjid yang sungguh cantik, indah dan berkilauan ini.

Dapat Juga Merasa Solat Di Masjid Diraja Kuala Kangsar @ Masjid Ubudiah
Dapat Juga Merasa Solat Di Masjid Diraja Kuala Kangsar @ Masjid Ubudiah

Ada kenangan masa aku tinggal di Bukit Chandan dan bekerja di Kuala kangsar satu waktu dahulu. Masjid Ubudiah ini tak terlalu jauh dengan rumah sewa yang aku tinggal. Masa tu pernah juga lihat-lihat kawasan ini tapi tak rasa seperti yang aku dapat lihat dan rasa sekarang. Apa tidaknya, masa tu rasa biasa. Waktu ini rasa jadi pelancong... haha!



Memang sudah terdetik waktu nak ke majlis perkahwinan di Kuala Kangsar sebelum pergi, nak merasa solat dan berada dalam Masjid Ubudiah ini. Tak sangka pula aku dapat juga menjejakkan kaki ke sini. Selain menyingkap kenangan lalu, nak tengok tempat lama yang pernah aku tinggal. Lihat dari kejauhan pun jadilah. Lain dan banyak perbezaan tempat ini sekarang. Namun mengusik jiwa juga... heh!

Dapat Juga Merasa Solat Di Masjid Diraja Kuala Kangsar @ Masjid Ubudiah


Terletak di Bukit Chandan, Masjid ni sangat indah dan cantik. Kubah emas dan menara masjidnya merupakan diantara rekaan senibina masjid yang tercantik di Asia Tenggara. Walaupun nampak begitu cantik dan indah berkilauan, tak sangka rupanya Masjid ni telahpun berusia hampir 100 tahun dan telah dirasmikan pada tahun 1917. 

Dapat Juga Merasa Solat Di Masjid Diraja Kuala Kangsar @ Masjid Ubudiah
Dapat Juga Merasa Solat Di Masjid Diraja Kuala Kangsar @ Masjid Ubudiah

Dari segi reka bentuk ia juga amat menarik. Ia berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang di bawa khas dari Itali dan London. Info ini kutip dari google... hehe!

Usai solat dan bersiap, bermulalah kami mengambil beberapa gambar bersama berlatarbelakangkan masjid tanda kenagan abadi iaitu tanda kami telah pernah datang kesini bersama-sama. Ada waktu dan rezeki, boleh datang ke sini lagi untuk menikmati suasana indah dan berkilauan ini.  

Nak baca catatan peribadi di blog ini.... klik SINI

p/s: Cantik yang tak tergambarkan masjid ini... huhu!

7 comments:

  1. Subhanallah. Cantiknya masjid ni. Dulu masa duduk Ipoh kalau nak ke Taiping, pernah juga lalu. Tapi tak singgah. Ruginya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah berkesempatan.. cantik masjid :)

    ReplyDelete
  3. SELAMAT TAHUN BARU 2019
    SANGAT INDAH

    ReplyDelete
  4. cantik kan masjidnya. penah singgah sekali.. classic sangat..

    ReplyDelete
  5. Subhanallah, memang cantik senibina masjid ini, nampak klasik sangat rekaannya dengan warna kubah yang kuning keemasan.. Akak, TAHNIAH tau kerana minggu nie akak terpilih untuk direview dalam jurnal saya, jemputlah singgah baca..

    https://www.shikinrazali.com/2019/01/sahabat-blogger-pilihan.html

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...