30 January 2019

Cara Nak Bezakan Buah Bendi Muda Atau Tua Tanpa Perlu Patahkan Hujung Buah

Cara nak bezakan buah bendi samada muda atau tua, waktu di jual di pasar atau di kedai untuk dengan mematahkan hujungnya. Jika masih muda adalah mudah untuk di patahkan atau liat maksudnya sudah tua. Cara nak bezakan buah bendi ini untuk mencari yang sesuai adalah kerana yang masih muda sedap di masak dan makan tetapi sudah tua berserat yang tak sesuai untuk di masak, apatah lagi untuk di makan.

Cara Nak Bezakan Buah Bendi Muda Atau Tua Tanpa Perlu Patahkan Hujung Buah
Cara Nak Bezakan Buah Bendi Muda Atau Tua Tanpa Perlu Patahkan Hujung Buah

Bendi, antara sayur kegemaran yang sedap di masukkan dalam gulai kari ikan, di tumis goreng, di tengok  lagi iaitu  goreng belacan ataupun hanya di rebus dan di cicah sambak belacan. Nak patahkan hujung buah, kena marah dengan tuanpunya kedai. Jika tak patahkan dan beli bendi tua, terkena buah tua yang sudah berserat. Rugi dan membazir saja membeli sayur buah bendi.



Aku terbaca informasi ini dari seorang petani di sebuah group tanaman. Info sangat menarik yang aku nak kongsikan di sini pada para pembaca blog semua. Di tunjukkan empat biji buah bendi yang berlainan tahap tumbesaran dan perbezaannya. Mari kita belajar sama-sama yer....!

Cara Nak Bezakan Buah Bendi Muda Atau Tua Tanpa Perlu Patahkan Hujung Buah


Bendi ni kita boleh kelaskan kepada 4 tahap.

1. Sangat muda

2. Muda

3. Tua

4. Sangat Tua

Macam mana nak kenal 4 tahap ni? Kita baca satu persatu perihal ini.

Sangat Muda
Buah yang sangat muda ni tiada lubang udara di tangkai buah. Rujuk gambar buah nombor 1. Buah ni sangat sedap untuk kita celur, rasa manis bendi tu ada. Cicah dengan budu tempoyak dan nasi panas-panas, gerenti tak cukup nasi satu pinggan. Buah tahap ni tak sesuai untuk kita buat masak kari atau asam pedas sebab ianya terlalu lembut. Nanti dia akan pecah dan lembik, tiada rasa bendi nanti.

Muda
Buah muda akan ada lubang udara yang kecil di tangkai buah. Rujuk gambar nombor 2. Biasanya saiz lubang tu besar jarum je. Sangat sesuai untuk dibuat masak singgang, kari dengan kepala tenggiri dan asam pedas ikan pari. Memang terangkat rasanya.

Tua 
Buah tua ni akan ada lubang udara saiz mata ball pen di tangkai buah. Rujuk gambar nombor 3. Tidak sesuai untuk dimakan sebab buahnya dah agak keras. Tahap ni la yang biasa banyak kita silap beli.

Sangat Tua 
Buah sangat tua ni lubang di tangkainya dah besar sangat, lebih kurang saiz lidi sate. Buahnya dah rasa keras dan mula berkayu. Tak boleh nak makan sebab buah dah rasa macam bersepah dan tak rasa apa-apa.

Ada tahap ke 5 tapi buah sebegini 100% buah dah bertukar warna jadi coklat dan kering. Ianya sesuai untuk di buat biji benih sahaja. Sangat mudah, memang senang sangat nak tahu bendi ni muda atau tua. Yang tiada lubang udara di tangkai tu sangat muda. Akan ada lubang udara kecil bila muda dan lubang udara jadi makin besar bila buah makin tua. Itu saja.

Selepas ini sudah pasti tidak akan terbeli bendi tua lagi. Stress di buatnya apabila terbeli yang berserat tu. Tapi yang di risaukan ini takut tak nampak lubang kecil tu. Al maklum mata pun sudah ala-ala nak rabun. Tapi pasti akan di cuba cara ini... hehe!

Nak banyak lagi informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Masak gulai kari ikan campur bendi muda, sedapnya... nyum, nyum!

#sumber group FB kebun bandar jom tanam sendiri
#kredit azuan abdullah

3 comments:

  1. ilmu baru.. selalu patahkan..
    tapi yang patah kalo liat pun beli jugak hehe tak sanggop nak tinggal kan kat kedai tu..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...