26 January 2019

Air Jamu Sedap Untuk Kegunaan Ibu-ibu Yang Badan Masuk Angin Atau Tak Sedap Badan

Ini, aku nak kongsi resepi air jamu sedap untuk kegunaan para ibu yang badan masuk angin atau tak sedap badan. Jamu ini di kongsi oleh sorang bibik Indonesia. Biasalah, bukankah orang Indonesia suka dan banyak jenis jamu yang di praktikkan. Air jamu sedap ini sangat sesuai untuk yang badannya sejuk dingin akibat cuaca hujan panas yang tak menentu sekarang ini.

Air Jamu Sedap Untuk Kegunaan Ibu-ibu Yang Badan Masuk Angin Atau Tak Sedap Badan
Air Jamu Sedap Untuk Kegunaan Ibu-ibu Yang Badan Masuk Angin Atau Tak Sedap Badan

Resepinya senang dari bahan yang biasanya ada di dapur. Boleh buat sendiri dan rasanya pun sedap sebab ada gula melaka. Apa lagi, rajin-rajinkan diri membuatnya. Badan sihat, hati senang, jiwapun tenang. Caranya mudah dan tak perlu susah-susah iaitu hanya rebus saja.

Air Jamu Sedap Untuk Kegunaan Ibu-ibu Yang Badan Masuk Angin Atau Tak Sedap Badan


3 cawan air
2-3 inci halia
2 batang serai
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1 keping gula melaka

Cara-cara:

Halia di buang kulit dan di ketuk pecah-pecah sedikit. Serai juga di ketuk bahagian umbinya. Didihkan air di dalam periuk.



Masukkan halia, serai, kulit kayu manis, bunga cenkih dan gula melaka. Masak dan rebus sehingga betul-betul mendidih. Tutup  api dan biarkan sebentar.

Minumlah sementara masih suam untuk memanaskan badan. Boleh juga di minum apabila sudah sejuk untuk membuang angin dalam badan.

Sedap sangat sebab letak gula melaka. Tak pahit langsung. 

Jom buat dan minum untuk menjaga kesihatan. Aku paling suka jamu yang begini. Jimat perbelanjaan dari beli ubat dan vitamin yang entah apa-apa tu. Badan sihat, otak cerdas dan boleh melakukan pelbagai aktiviti dengan lancar. Awet muda pula tu... hehe!

Nak pelbagai informasi, klik SINI

p/s : Suka dengan pelbagai jenis jamu yang boleh buat sendiri ni... !

#kredit makcik ratu

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...