17 December 2018

Resepi Nasi Goreng Pedas Cili Api

Biasa orang masak nasi goreng untuk sarapan pagi. Bagi aku pula, kadang-kadang buntu nak masak apa untuk juadah tengahari atau adakalanya ada hal waktu tengahari itu, juadah nasi goreng adalah penyelamatnya. Kali ini aku tunjuk nasi goreng pedas cili api yang aku buat untuk juadah suatu hari minggu. Khas untuk anak-anak yang bangun lewat dan bermalas-malasan pada hari itu.  Nasi goreng pedas cili api inilah saja juadahnya.

Resepi Nasi Goreng Pedas Cili Api
Resepi Nasi Goreng Pedas Cili Api

Tambahan pula nak keluar berjalan-jalan sampai malam selepas tengahari pula. Inilah juadah yang senang di buat dan berselera untuk di makan. Satu juadah yang lengkap dengan karbohidrat dari nasi, serat, vitamin dan mineral dari sayur serta protin dan kalsium dari telur dan ikan bilis. Tak perlu masak renyah macam-macam lauk dah... hehe!



Masak nasi goreng ini senang sangat. Hamburkan saja bahan-bahan dalam satu kuali dan kacau sebati. Bahan-bahan sebenarnya ikut kita sendiri. Nak lebih mewah letak ayam, udang  atau sotong. Sayur juga begitu. Macam-macam sayur boleh di masukkan. Sawi, kangkung, kobis, carot, brokoli atau apa saja. Aku buat bahan yang paling simple iaitu hanya telur, ikan bilis dan sayurnya hanya kacang panjang.

Resepi Nasi Goreng Pedas Cili Api


Bahan-bahan:

3 cawan nasi
4 tangkai kacang panjang
2 sudu besar ikan bilis
2 biji telur
9 biji cili api
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap 
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak ecukupnya

Cara-cara:

Beras di tanak dan di sejukkan serta di leraikan dari berketul. Kacang panjang di potong kecil. Bawang merah dan bawang putih di hiris halus. Cili api di tumbuk lumat. Ikan bilis pula di goreng garing dan di ketepikan.

Panaskan kuali bersama minyak masak secukupnya untuk menggoreng nasi goreng. Setelah minyak panas, masukkan  bawang merah dan bawang puti yang di hiris halus. Goreng sehingga kekuningan. 

Setelah itu masukkan cili api yang di tumbuk. Goreng hingga berbau menyengat dan seterusnya masukkan sos tiram, kicap dan 1/2 sudu te gula.  Kacau sebati. 

Masukkan kacang panjang pula. Goreng sehingga kacang panjang layu. Selepas itu pecahkan telur ke dalam bahan yang sedang di masak. Kacau sehingga nampak hampir pekat.

Seterusnya, masukkan nasi dan kacau sehingga masak dan sebati. Dalam masa itu, masukkan garam sedikit demi sedikit sambil di rasa cukup atau tidak rasa kemasinannya. 

Apabila rasa garam sudah sesuai dan nasi pun panas berasap, bolehlah di angkat dan di hidangkan. Seeloknya di makan nasi ini panas-panas, barulah sedap.

Resepi mudah, hanya campak-campak gitu-gitu je. Pejam mata pun bole buat dan ingat resepinya. Saja-saja letak kat sini, manalah kalau ada yang mencari resepi mudah ini. Bukan susah manapun nak buat nasi goreng. Semudah a,b,c saja. 

Nak resepi dan pelbagai, klik SINI

p/s: Buat dan masak penuh keikhlasan mesti sedap... heh!

3 comments:

  1. wahhh. nampak sedap.. tq for sharing this resepi kak..

    ReplyDelete
  2. wow nampak sedap. lagi pedas lagi sedap hihi

    ReplyDelete
  3. CT x minat sangat makanan pedas2. tapi ada certain food kalo x pedas x sedap. macam nasi goreng. hehe.. kena pedas2 sket. =D

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...