Nak cerita pengalaman menjaga mak yang sakit di hospital. Mula-mula mak di masukkan ke wad kelas ke 3. Memang sangat sibuk dan sesak wad itu. Sebenarnya awal-awal lagi adik ada minta wad kelas pertama tapi tiada kekosongan. Menjaga mak yang sakit di situ memang sangat mencabar dan memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi... huhu!
Pengalaman Menjaga Mak Yang Sakit Di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh |
Bukannya apa, dengan tidur yang sangat tak selesa kerana terpaksa tidur-tidur ayam. Nasib baiklah di sebelah katil mak aku ini ada katil kosong. Ada waktunya dapatlah aku berbaring di situ tapi tiada bantal. Jadi terpaksalah berbantalkan lengan sendiri. Para petugas hospital pula asyik lalu-lalang di sekeliing kami. Macam-mana nak tidur.. haihh!
Setelah 4 malam di wad yang penuh sesak, barulah mak di tukarkan di wad kelas satu setelah ada kekosongan. Barulah sedikit selesa. Tidaklah seperti kelas 3 tadi yang terpaksa menjaga aurat sentiasa. Wad kelas 3 tu ada juga waris lelaki yang menjaga orang yang sakit. Baru nak betulkan tudung di bilik air, orang lelaki pula masuk bilik air. kelam-kabut pasang tudung.
Pengalaman Menjaga Mak Yang Sakit Di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
Wad kelas pertama ini walaupun berkomgsi 2 katil satu bilik. masih ada privasinya sebab tandasnya luas dan ada cermin di dinding. Boleh buka dan tukar tudung dengan senang hati dalam tandas. Bolehlah belek muka agak lama sikit, tapi tak bolehlah lama sangat. Jaga orang sakit, kan... hehe!
Tempat tidur untuk waris menunggu pun ada kerusi yang boleh di panjangkan pada waktu malam dan masa ramai orang datang melawat mak. Mak pun tak terganggu dan stress tengok orang ramai-ramai lalu-lalang berbagai rupa dan bangsa. Oleh kerana waktu tidur baring aku dah kelam-kabut, mengantuknya dan letihnya jangan kiralah. Tapi demi menjaga orang sakit ku redhakan jua.
Pengalaman Menjaga Mak Yang Sakit Di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh |
Hanya 2 malam aku menginap di kelas pertama dan mak di benarkan pulang. Pengalaman yang sangat berharga untuk aku kenang setelah 5 malam tinggal dan tidur di hospital. Pulang sekejap-sekejap saja di waktu siang ke rumah adik untuk berganti pakaian dan merehatkan diri. Itupun mak yang sakit tu, adik gantikan sekejap sementara itu.
Seingat aku, masa aku kecil hospital Ipoh tak sebesar ini. Hospitalnya kecil saja dan di perbuat dari kayu. Tak ada yang bertingkat-tingkat macam sekarang. Kini hospitalnya sudah besar dan mempunyai 8 tingkat bangunannya. Masa mula-mula aku sampai, nak letak kereta pun susah sebab dah penuh. Terpaksalah letak di kawasan luar yang agak jauh dari hospital... huh!
Mana-mana hospital kerajaan pun sama jug agakmya. Penuh dengan orang sakit dan waris-warisnya. Redha dengan ketentuannya. Harap mak akan sentiasa sihat dan tak perlu ke hospital lagi. Sekiranya di perlukan, aku bersedia menjaganya lagi. Tapi harapnya tidak di waktu terdekat ini.
Nak lihat pelbagai cerita dan informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Aku masih rasa mengantuk teramat lagi, kesan tak cukup tidur dan penat itu. Harap tubuh badan aku akan pulih seperti sediakala sedikit masa lagi....
besar jasa dan pengorbanan.
ReplyDelete