Kelmarin iaitu pada 25hb Disember 2018 aku ikut trip kengkawan pergi ke majlis perkahwinan anak sahabat group sekolah di Liman Kati Kuala kangsar. Trip ini pergi balik dalam satu hari sahaja. Pergi pada waktu pagi, balik pada petangnya. Waktu malam dah sampai ke rumah kembali. Memang terasa keseronokannya ke majlis perkahwinan anak sahabat itu. Bagaikan pergi ikut rombongan sekolah pula rasanya.
Ke Majlis Perkahwinan Anak Sahabat, Amirul Dan Hidayah Di Liman Kati Kuala Kangsar |
Majlis perkahwinan belangsung di Taman Seri Pagi, Liman Kati Kuala Kangsar. Anak seorang sahabat group sekolah iaitu Rokiah Osman. Dia ni teman sekampung dan sesekolah dan juga berasal dari Felda Lasah, Sungai Siput sama dengan aku. Agak ramai juga teman-teman group sekolah hadir. Mungkin kerana cuti sekolah dan cuti krismas. Jadi ramai yang bercuti. Ada tu, dari Johor pun dapat menghadirkan diri.
Dari rumah dalam pukul 7.00 pagi kami berenam iaitu Ipah, Ecah, Leha, Aza dan pemandunya iaitu satu-satunya lelaki dalam kereta sebagi pemandu kami, meredah lebuhraya utara selatan ke Kuala Kangssar. Hanya singgah sekejap bersarapan di hentian Tapah. Riuh- rendah dalam kereta bergurau senda sampai aku tak langsung menyedari jauhnya perjalanan ke Kuala Kangsar itu... huhu!
Ke Majlis Perkahwinan Anak Sahabat, Amirul Dan Hidayah Di Liman Kati Kuala Kangsar
Inilah masa aku meluangkan masa bersama teman-teman dan berjauhan dari keluarga sebentar. Sampai ke rumah pengantin dalam pukul 12 tengahari. Sessi bergurau senda dan bergambar pun bermula sambil makan-makan. Terasa bagaikan majlis reunion sebab ramai juga yang dapat menghadirkan diri.
Ke Majlis Perkahwinan Anak Sahabat, Amirul Dan Hidayah Di Liman Kati Kuala Kangsar |
Di sini aku hamparkan beberapa potret bersama kengkawan itu. Jika tak di buat macam ini, nanti gambar pun hilang bersama angin lalu @ bersama hp yang memori penuh dan terpaksa reset segala gambar yang ada ataupun hp tetiba rosak masuk air. Jadi, aku letak di sini sebagai catatatan kenangan terindah bersama teman-teman sahabat seperjuangan suatu waktu dahulu. Kini, bertebaran meneruskan kehidupan.
Majlis Perkahwinan Anak Sahabat, Amirul Dan Hidayah Di Liman Kati Kuala Kangsar |
Jika ada kelapangan dan sementara masih berdaya ini, keinginan aku meluap-luap nak pergi merasai situasi sebegini lagi. Seronok tak terkata dan tak terhingga. Siap melancong ke beberapa tempat di Kuala Kangsar dan makan laksa kuala yang biasa di sebut orang itu. Meriah, meriah dan sangat meriah trip perjalanan ini... huh!
Nak baca cerita dan catatan di blog ini, klik SINI
p/s: Jalan-jalan sambil menyambung ikatan ukhwah silatrurrahim sementara hayat masih ada...
semoga pasangan pengantin bahagia hingga akhir hayat :)
ReplyDeleteseronok kalau buat rombongan kenduri ni kan. hehehe
ReplyDelete