18 December 2018

Kacang Pistachio a.k.a Kacang Cerdik Yang Unik Dan Berkhasiat

Mula-mula kenal kacang pistachio ni memang aku pelik sebab kulit luarnya nya putih dan keras berkayu tapi ada kacang yang sedap di dalamnya. Sekali tengok macam makanan laut kepah tapi sebenarnya sejenis kacang. Kacang pistachio ini di panggil kacang cerdik itu aku tak pasti kenapa. Mungkin sebab  rupa bentuknya yang comel atau khasiat yang terkandung di dalamnya.

Kacang Pistachio a.k.a Kacang Cerdik Yang Unik Dan Berkhasiat

Kacang pistachio ini berasal dari Timur Tengah. Harganya memang kepalang mahal. Tapi kalau teringin nak makan, beli jugalah segenggam dua. Makan kacang pistachio ini kalau sudah ada depan mata, selagi tak habis memang tak berhenti. Sedap sangat rasanya.



Kalau beli sikit memang tak cukup nak makan dek kesedapannya.  Tapi di sebabkan mahal sekali sekala baru boleh menjamah makanan ini. Kacang pistacio ini apabila disimpan lama-lama memang tak sesuai sebab mudah lemau dan masuk angin. Cara penyimpanannya mestilah dalam bekas kedap udara bagi menjamin kerangupan dan kesedapannnya.

Kacang Pistachio a.k.a Kacang Cerdik Yang Unik Dan Berkhasiat


Kacang Pistachio mempunya khasiat tersendiri, antaranya zat besi, folat, kalium, niasin, riboflavin dan zing. Kacang berwarna hijau ini juga mengandungii banyak fitoterol yang dapat membantu menurunkan risiko terkena penyakit jantung serta beberapa jenis kanser. 

Para penyelidik di Pennsylvania State University telah melakukan satu kajian. Responden diminta memakan lebih kurang 42 gram pistachio setiap hari. Pada akhir minggu keempat, mereka yang rajin memakan kacang jenis ini berjaya menurunkan sejumlah kadar kolesterol mereka, hingga sekitar 6.7 peratus, dan kolesterol LDL(kolesterol 'jahat') hingga 11.6 peratus. 

Secara tidak langsung, penurunan kadar kolesterol yang hampir 7 peratus, ini turut menurunkan risiko mendapat penyakit jantung hingga 14 peratus! Selain itu, kacang pistachio juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL), meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh manusia, melindungi usus serta menguatkan hati dan ginjal.

Ini serba sedikit informasi tentang kacang pistachio a.k.a kacang cerdik ini yang aku dapat dari penghasilan google aku di internet. Sekadar untuk pengetahuan sendiri dan sesiapa saja yang sudi membaca blog aku ini.

Nak pelbagai informasi di blog ini... klik SINI

p/s : Lama juga tak makan kacang cerdik ni dah. Nanti nak pergi beli kat kedai Arab untuk menikmatinya. 

*pic fr google

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...