12 December 2018

Blog Terabai Sebab Menjaga Mak Yang Sakit Di Perak

Sejak beberapa tahun lalu aku aktif menulis blog ini. Jarang terlalu lama blog tak ada cerita baru. Samaada sekadar informasi atau cerita-cerita terkini ataupun hanya join giveaway rakan-rakan blogger, blog tetap terisi hampir setiap hari. Tapi sejak hujung bulan November dan minggu lepas aku terpaksa mengabaikan blog ini demi menjaga mak yang sakit di Perak iaitu di kampung halaman,.Tapi aku redha demi menjaga mak yang sakit. 

Menjaga Mak Yang Sakit Hospital Raja Permaisuri Bainun
Menjaga Mak Yang Sakit Hospital Raja Permaisuri Bainun 

Kalau tidak aku, siapa lagi yang hendak menjaga seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan aku hingga menjadi manusia kini. Selama 10 hari aku bertukus lumus menyiapkan segala keperluannya. 5 malam di hospital Ipoh (Hospital Raja Permaisuri Bainun). 3 malam di rumah adik perempuan di Kuarter Guru SK Tasek Damai dan 2 malam lagi di rumah adik lelaki di Kg Serikaya, Bota Kiri, Perak.

Blog Terabai Sebab Menjaga Mak Yang Sakit Di Perak


Setelah keluar hospital, mak kena tinggal di Ipoh di sebabkan keuzurannya sebab rumah  di kampung keluarga aku tu tak memungkinkan dia tinggal di sana. Salah satu sebab bilik air yang ada di kampung tidak sesuai untuk orang yang uzur sepertinya. Dalam perancangan, kena buat bilik air baru mak boleh pulang ke kampung tempat tinggalnya di Felda Lasah, Sungai Siput.

Tiba-tiba setelah 2 malam di rumah adika perempuan aku tu, suaminya kemalangan jalanraya di Kuala Lumpur. Jadi dia terpaksa menjaga suaminya di hospital HUKM sana. Mereka ini adalah pasangan prkahwinan jarak jauh. Jadi, tak selesa pula bila tuan rumah tak ada aku kena jaga mak di situ. Jadi, aku dan mak pindah ke rumah adik lelaki pula di Bota Kiri Perak. 



Rumah di Bota Kiri ini sebenarnya rumah pusaka atuk opah aku dulu dan sekarang di diami oleh adik lelaki aku sekeluarga. Rumah ini ada bilik air yang brsebelahan dengan bilik tidur. Agak selesa sikit untuk mak aku yang uzur dan sukar bergerak ini untuk ke bilik air serta tandas. 

Setelah 2 hari di sini dan melihat mak sudah semakin sihat, berselera untuk makan serta kuat sikit menggunakan tongkat 4 kaki untuk ke tandas aku pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sendiri di Shah Alam. Ikutkan hati mau saja aku terus menjaga mak sentiasa tapi apakan daya aku masih ada tanggung jawab pada suami dan anak-anak. 

Menjaga Mak Yang Sakit Hospital Raja Permaisuri Bainun
Menjaga Mak Yang Sakit Hospital Raja Permaisuri Bainun 

Teringin nak bawa mak dan jaga mak di rumah aku sendiri. Tapi aku tinggal jauh di Shah Alam yang jauh dari kampung halaman. Sukar pula untuk bapa dan adik-adik aku nak datang dan berurusan berjumpa mak. Apatah lagi rumah aku ini rumah flat saja. Takkan mak aku nak tinggal di\ rumah aku.

Sebelum pulang pelbagai nasihat aku bagi pada mak. Antaranya jaga makan minun untuk mngelakkan mudarat. Kalau pening dan tak berdaya  jangan ke bilik air sendirian dan macam-macam lagilah. Pada adik dan adik ipar pun nasihat yang sama untuk mak.

Sekiranya di perlukan, aku akan ke sana lagi untuk berbakti pada mak dan bapa aku. Sebenarnya bapa aku pun sudah semakin uzur juga. Ada di Felda Lasah dan di pantau oleh seorang lagi adik lelaki aku di sana. Semoga aku di berikan kesihatan yang baik untuk terus berbakti sementara mereka masih ada.

Nak lihat pelbagai cerita dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Baru balik rumah sendiri, dah rindu dengan mak. Terdengar-dengar batuk dan sendawanya...  Lihat dia sudah tak berdaya dan tak ada kudrat ni, risaunya hanya Allah yang tau....!

4 comments:

  1. Semoga Mak akak sembuh sihat selalu. Semoga Allah pelihara kesihatan akak juga. ^^

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  3. Semoga ibu mu cepat sembuh...

    #jmbelog

    ReplyDelete
  4. Allah...besarnya jasa, semoga emak cepat sembuh.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...