Kalau ada yang perasan, sudah berwajah baru blog aku ini. Alkisahnya tiada dalam perancangan untuk tukar template blog sebenarnya. Tetapi ada sebab dan sesuatu yang terjadi menyebabkannya berlaku. Sekiranya perkara ini tidak berlaku, serupa itu jugalah rupa blog dan tiada perubahan sejak 5 tahun lepas. Pasti ada hikmahnya apabila akhirnya sudah berwajah baru blog ini menjelang tahun baru 2019.... Yeayhh!!
Sudah Berwajah Baru Blog Ini Menjelang Tahun Baru.... huhu! |
Ceritanya begini, aku perasan awal bulan November blog aku ini mengalami penurunan pageview yang agak ketara. Ingatkan sementara tetapi berlarutan dan makin merosot pageviewnya hinggakan dari ribuan menurun ke ratus ratus sahaja. UV apatah lagi tinggal seciput sahaja.
Bila aku selongkar ke 'theme body' baru aku perasan ada error di situ. Namun begitu paparan blog masih boleh di lihat. Cuba betulkan sendiri dengan ilmu yang tak seberapa iaitu 'trial and error'. Selama hari ini aku hanya buat sendiri design blog tanpa pertolongan sesiapa. Kali ini aku mengalah jua akhirnya.
Blog ini aku rasa dah tenat dan sememangnya memerlukan rawatan pakar nampaknya. Selepas itu bermulalah episod aku mencari perkhidmatan design dan edit blog. Ada beberapa blogger yang aku kenal di alam maya ini yang menyediakan perkidmatan itu. Aku pun buat pemilihan untuk memastikan yang mana dari mereka itu yang sesuai dengan citarasa aku.
Sudah Berwajah Baru Blog Ini Menjelang Tahun Baru.... huhu!
Pilih dan membelek hasil kerja mereka satu persatu akhirnya aku memilih Maisarah dari blog Maisarahsidi.com. Beberapa pilihan template telah di tunjukkan pada aku. Tapi aku tak pilih yang di tunjukkannya dan memilih sendiri template yang ada sekarang ini. Terasa cerewet juga citarasa aku ini... hahaha.
Agak kerisauan juga aku memikirkan sekiranya masaalah yang bagaikan kanser di blog aku ini tak dapat di baiki. Kalaulah blog ini tak boleh di perbetulkan, kena buat blog barulah jawabnya. Aku yang kekurangan kepandaian bab coding dan html ini keluh kesah di buatnya.
Rupanya senang saja Maisarah memperbetulkan dan menyarung template baru di blog aku ini. Aku berpuashati dengan sentuhannya terhadap blog aku. Kemungkinan besar paparan blog aku ini akan bertahan lama iaitu bertahun-tahun lagi baru ada template baru. Harap pageview blog aku ini akan pulih seperti biasa malah bertambah naik lagi selepas ini.
Aku dah terfikir sekarang ini nak dapatkan perkhidmatan Maisarah lagi dalam waktu terdekat ini untuk menaiktarafkan blog-blog aku yang lain. Apapun kena tunggu dapat duit adsense lagi selepas ini. Sangat kebetulan sungguh, masaalah blog aku ini terjadi betul-betul masa nak dapat duit adsense, tak adalah lari bajet... hehe!
Nak baca blog lagi dan lagi... klik SINI
p/s: Blog yang lain tu masih stail lama, serabut nak tukar mobile friendly. Guna khidmat pakar je lah selepas ini... haih!!!
terbaek :)
ReplyDeletemmmm saya pun rasa nak update template blog tapi tengah fikir.. nak tukar ke tak ni. mmm~
ReplyDeletecantik wajah barunya :)
ReplyDeleteBila baca post ni Mrs. A pun rasa macam nak tukar template la jugak huhuhuhu...
ReplyDeletesemangat tahun baru. serba baru ni hehe
ReplyDelete