24 December 2018

Bertukar Makan Nasi Beras Rebus. Nak Tahu Kelebihannya, Baca....

Kini kami sekeluarga sudah bertukar dari menggunakan nasi beras biasa ke beras rebus setiap hari. Kiranya sudah dalam lebih kurang tiga bulan gitu. Macam-macam jenis beras rebus kami dah cuba makan. Dari nasi beras rebus basmathi berjenama Faiza hingga ke beras rebus Jasmine, beras rebus Jati dan terkini beras rebus cap gajah. Harganya agak mahal sikit berbanding beras biasa tapi nak lebih sihat, ku turutkan jua.... hahah!

Nasi Beras Rebus Cap Gajah

Kisahnya aku bertukar makan nasi beras rebus ni tercetus apabila en. suami check-up kat klinik kesihatan. Dia ada hanya satu-satunya penyakit yang ada iaitu kolestrol tinggi. Kena makan ubat untuk menjauhkan kolestrol tu. Jadi, doktor sarankan dia amalkan gaya hidup sihat. Salah satunya amalkan makan beras rebus. Aku setuju sangat-sangat sebab sudah lama aku teringin berbuat begitu.



Memang sudah lama aku mengidamkan nak bertukar ke baras rebus ini, bukannya apa, aku pun ada mempunyai penyakit keturunan diabetes dan darah tinggi ini. Aku sebelum ini sudah amalkan separuh dari gaya hidup sihat ini iaitu masak dan makan lebih sayur-sayuran daripada karbohidrat. Satu padanan yang sangat sesuai dengan konsep pemakanan kami sekeluarga iaitu 'suku-suku separuh' selama ini.

Nak tahu kelebihan dan khasiat nasi beras rebus ini, sila baca yer...


- Kurangnya kanji yang mana bagus untuk mengurangkan kandungan gula dalam badan anda.
- Bila sudah kurang kanji @ gula, maknanya anda dapat menjaga tubuh badan anda dengan ideal.
- Boleh mengurangkan kolestrol dalam badan. Boleh diet guna beras ni.
- Mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat.
- Mengandungi Mineral Magnese yang berfungsi sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan.
- Menjaga jantung dan darah tinggi.
- Kalsium lebih tinggi berbanding beras putih.
- Mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser.

*Banyak lagi khasiatnya nasi beras rebus ni yang tak larat nak tulis. Nak tau banyak, google lah yer... hehe!

Selama tiga bulan masak dan makan beras ini, aku tak rasa ia sesuatu yang tak sedap. Rasanya seperti nasi putih yang biasa kita makan cuma warnanya agak keruh sedikit. Tapi ada juga anak-anak aku yang pelik dengan baunya. Aku hanya ketawakan saja. Nak jaga kesihatan mesti kena berkorban sikit.... kan!

Dengar kata makan nasi beras rebus ini badan jadi cergas, cerdas, ringan, kulit cantik dan lembab. Selain itu awet muda, badan kuat, tenaga pun tahan lama. Rasa kenyang pun lebih lama sebab sel kenyang dengan nutrien. Jadi, keputusan kami sekeluarga bertukar ke nasi beras rebus ini adalah suatu yang sangat berbaloi.

Nak tau pelbagai informasi klik SINI

p/s: Bertukar ke arah pemakanan yang lebih baik. Harga lebih tu kita tolak tepi lah... haihh!

2 comments:

  1. wahhh rupanya nasi beras rebus ni banyak manfaat. boleh try lah nanti

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah nak try juga. Ubah kehidupan ke arah lebih sihat ☺

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...