22 December 2018

Alat Penyedut White Head Dan Black Head, Terbeli Dek Kemeriahan 12.12 Di Web Online

Di dalam kemeriahan 12.12 web online hari tu terbeli juga aku alat penyedut white head dan black head secara online ni di laman web shark dodo tu. Mulanya tak nak juga membeli. Tapi anak-anak merengek nak suruh beli. Katanya senang nak picit white head, black head dan jerawat guna alat penyedut white head dan black head ini. Tak kuasa anak-anak dah merayu-rayu ni...

Alat Penyedut White Head Dan Black Head, Terbeli Dek Kemeriahan 12.12 Di Web Online
Alat Penyedut White Head Dan Black Head, Terbeli Dek Kemeriahan 12.12 Di Web Online

Fikir punya fikir, bukannya mahal sangat pun sampai ke harga beli kereta sport sebuah. Lagi pun boleh aku guna sekali iaitu suruh anak-anak mengerjakan muka aku yang banyak withe head ini di hidung. Dapatlah bermanja dengan anak sambil dorang urut-urut muka aku dengan benda ini. Aku terbaca ia boleh juga urut muka untuk mengelakkan muka dari cepat berkedut akibat penuaan... hahaha!



Anak perempuan bongsu aku tu banyak sikit jerawat di muka. Aku harap benda ini dapat mengurangkan sikit pertumbuhan jerawat kerana alat ini dapat menarik kekotoran dan minyak di muka. Jadi jerawat-jerawat dia yang kecil itu taklah jadi membesar dan merah-merah selepas guna alat ini. Biar ia terbantut dan menghilang setelah isinya dapat di keluarkan.

Alat Penyedut White Head Dan Black Head, Terbeli Dek Kemeriahan 12.12 Di Web Online


Tiga hari lepas barang ini sampai ke rumah. Dah di gunakan pun. Bagus juga alat ini tapi bagaimanapun ia memerlukan kerajinan juga untuk membuatnya dan membelek muka setiap kali guna. Dah licin lah muka aku dari white head dan black head. Tapi garis kedut sikit-sikit tu kena usaha lagi urut untuk mengurangkannya.. huhu!

Kegunaan Alat Penyedut White Head Dan Black Head
Kegunaan Alat Penyedut White Head Dan Black Head

Macam mana pun kena pandai gunakan juga barangan ini. Kalau tak pandai, kesan tarikan dari alat ini macam kesan kena bekam. Merah ungu warna kulit yang kena sedut ini. Anak bujang aku lah yang buat macam tu kat muka dia. Kalau dah jadi macam tu, nak hilang cepat, tuam dengan ketul ais. Cepat sikit hilang merah-merah tu.

Inilah antara cara untuk membelanjakan duit. Puas juga berfikir takut terbeli barang yang tak sepatutnya. Takut mendahulukan kehendak dari keperluan. Harap ia sangat berbaloi untuk membeli dan sesuai dengan kegunaannya. Entah apa-apa kan, benda macam ini pun dah terbeli... hadoi!!

Nak baca cerita, catatan dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Nak guna lagi lah barang ni, buang sel kulit mati di muka pula... hehe!

4 comments:

  1. kalau ok takpelah, nak jugak beli tapi takut takreti guna haha

    ReplyDelete
  2. menarik. berapa ringgit beli alat ni?

    ReplyDelete
  3. Selalu jugk usha benda ni, tapi takut tak reti guna, kan sayang .. hehe.

    ReplyDelete
  4. Macam Best pula tengok... Mmg tengah bercambah elok hitam putih Kat muka ni...

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...