Pada hari trip ke majlis perkahwinan di Kuala Kangsar hari itu, sempat singgah sebentar membeli-belah di kedai kraftangan di tepian Sungai Perak yang di penuhi kedai kraftangan dan cenderamata. Orang Kuala Kangsar panggil tempat di tepi Sungai Perak ini lembah kuala. Kedai kraftangan yang kami pergi itu pula bernama Galeri Lembah.
Singgah Membeli-belah Di Kedai Kraftangan Galeri Lembah Kuala Kangsar |
Kami sesaja tengok-tengok sambil menziarahi kedai kraftangan ini yang si miliki oleh En. Zainal Abidin. Dia ni abang kepada member zaman persekolahan kami juga. Kiranya si dia ni tak asing lagi dengan kami semua. Masih single dan available tau. Kalau ada yang berkenan, sila-sila... (gurau senda sahaja) hahaha!
Banyak dan cantik-cantik barang kraftangan di kedainya. Dari keychain, fridge magnet, labu sayung dan serba aneka perhiasan rumah dan perkahwinan ada di sini. Aku yang hanya nak tengok-tengok, akhirnya terbeli juga keychain dan fridge magnet di sini.
Ini sebab terfikir untuk buat kenangan singgah di Kuala Kangsar kali ini. Lagi pun keychain berbentuk labu sayong ini sangat unik dan tiada di tempat lain.. kan! Kawan-kawan aku yang bersama ikut trip ini ada juga yang membeli keychain, fridge magnet dan alat menggaru belakang badan.
Selain kedai Galeri Lembah itu, di sekeliling kawasan ini penuh dengan kedai kraftangan dan cenderamata sebenarnya. Jadi, kami tak melepaskan peluang melihat-lihat cuci mata di kedai yang lainnya. Selain itu, apa lagi membeli-belah di tepi tingkap a.k.a window shopping ler... hehe!
Singgah Membeli-belah Di Kedai Kraftangan Galeri Lembah Kuala Kangsar
Cantik-cantik barang kraftangan yang di perbuat dari mengkuang, buluh rotan dan pelbagai lagi yang di jual di sini. Dalam kepala aku masa tu terbayang nak menghias rumah nanti dengan perhiasan yang di jual di tempat ini. Tapi tak ada pula aku berniat nak membeli sekarang. Di lain masa, boleh datang lagi dengan en. suami bila balik ke kampung.. hehe!
Singgah Membeli-belah Di Kedai Kraftangan Galeri Lembah Kuala Kangsar |
Seronok dan asyik membelek barang-barang yang unik dan cantik tapi belek sajalah. Kengkawan ada yang membeli lekar lidi, lapik meja mengkuang dan beberapa perhiasan kecil. Aku pula hanya membeli sebilah parang. Itupun sebab en. suami menelefon masa berada di situ dan aku beritahu berada di kawasan kedai kraftangan.
Di mintanya lah beli parang panjang. Tapi aku ngeri tengok parang yang betul-betul panjang tu. Ada dalam sedepa lebih gitu panjangnya. Jadi, aku hanya membeli parang yang sederhana panjang sahaja. Nasib baik pula harganya pun tak terlalu mahal. Masih dalam bajet di poket aku sahaja. Kalau tidak, tak adalah aku nak membelinya.
Apabila melihat produk kraftangan di sini, tercetus idea kalau membuat majlis perkahwinan, apa kata cenderamata perkahwinan di dapatkan di sini. Banyak pilihan yang cantik-cantik belaka daripada membeli di gedung perkahwinan yang produknya dari Negeri China. Cenderamatanya cantik dan dapat membantu orang kita sendiri... huhu!
Nak lihat catatan dan cerita di blog ini, klik SINI
p/s: Suatu masa nanti aku pasti ke kawasan lembah kuala ini lagi untuk memilih kraftangan di buat hiasan rumah baru nanti... insya'allah!!
No comments:
Post a Comment