13 November 2018

Resepi Sambal Tumis Petai Campur Udang Kecil

Antara makanan yang biasa aku masak hampir setiab minggu. Aku memang suka petai. Walaupun baunya kurang menyenangkan tapi rasanya sedap dan mempunyai banyak khasiat. Resepi sambal tumis petai ni adalah resepi biasa saja. Namun ada juga yang tak tahu dan berlainan cara memasaknya. Ini resepi sambal tumis petai cara aku.... hehe!

Sambal Tumis Petai Campur Udang Kecil
Sambal Tumis Petai Campur Udang Kecil

Petai makanan yang sentiasa di gemari oleh ramai orang terutamnya  apabila di masak sambal atau di makan secara berulam. Tetapi bagi sesetengah orang, mereka tidak dapat menahan bau petai yang begitu kuat. Apapun pandai-pandailah  menghindari akan baunya dengan memakannya sewaktu cuti dari bekerja atau mengamalkan petua untuk mengurangkan bau mulut.



Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.Antara khasiat yang lain pula, adalah untuk awet muda, meningkatkan fungsi otak, mencegah anemia, menjaga sistem penghadaman dan  mencegah kemurungan.

Resepi Sambal Tumis Petai Campur Udang Kecil


Bahan-bahan:

4 keping petai
1 cawan udang kecil/kertas
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besae
3 sudu besar cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Sedikit air
Sedikit belacan (jika suka)

Cara-cara:

-  Biji petai di keluarkan dari kulitnya dan di hiris ikut suka,   Udang di pisahkan  dari kepala dan ekornya serta di bersihkan.  Bawang merah dan bawang putih di tumbuk atau di cincang halus. Bawang besar di hiris nipis.

- Tumiskan bahan yang di tumbuk di dalam kuali bersama sedikit minyak. Bila bahan tumbuk dah wangi dan kekuningan, masukkan cili giling. Goreng sehingga cili giling hampir garing. 

- Masukkan sedikit air dan pes asam jawa. Jika nk letak belacan, hancurkan dan masukkan sekali. Kacau sehingga hampir kering. 

-  Masukkan bawang besar, petai dan dan udang. Kacau hingga petai dan udang bertukar warna dan masak. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sehingga semua bahan bergaul sebati. 

- Tutup api dan bolehlah di hidangkan untuk juadah tengahari dan malam.

Sedap sangat sambal tumis petai ni. Aku kalau makan, kutip petai saja. Suka makan petai banyak-banyak. Tak sedar dah makan 2 -3 pinggan. Diet dah lama tercampak dah. Apakan daya, hari-hari aku masak makanan sedap untuk seisi keluarga... hahaha!

Nak cari resepi mudah di blog ni, ..... klik SINI

p/s: Resepi aku ni tak ada yang specifik bahan, hanya main campak-campak saja ni, ikutlah berapa orang nak makan yer.......

6 comments:

  1. Sambal ni kalau suami memang makan bertambah2 nasi ni

    ReplyDelete
  2. fuhhh meleleh air liur tgok sambal petai ni...sedapppnya

    ReplyDelete
  3. sedapnya..mak selalu masak..saya suka makan jer..masak malas..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. ada lauk nie, makan bertambah lah..

    ReplyDelete
  5. Fuh, sedap ni. Suami kalau nampak mesti suruh buat.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...