Jarang masak ikan tenggiri ini sebab ikan tenggiri biasanya di katakan mahal. Baru ni en. suami beli ikan tenggiri yang kecil saja. Taklah semahal mana. Yang besar kot mahal tapi tenggiri kecil atau anak tenggiri harga bisa sahaja. Apalagi, buat ikan tenggiri masak kari lah jawabnya.
Gambar Ikan Tenggiri Masak Kari... |
Ikan tenggiri ini isinya padat dan mampat. Yang pasti tulang-tulangnya tak berselirat dan senang untuk di makan. Kalau dapat kepalanya yang besar buat masak kari lagi lah sedap meletup. Tapi aku dapat masak dan makan anak tenggiri, jadilah...!
Resepi masak kari aku ni biasa-biasa saja. Namun anak-anak aku lebih suka aku masak lauk kari daripada yang di beli di kedai. Entahlah, aku buat macam biasa je caranya. Ikut resepi turun temurun mak aku je.Tak terlebih dan terkurang cuma ada yang aku ubah cara sebab nak ringkaskan cara memasak je... hehe!
Resepi Ikan Tenggiri Masak Kari, Sesuai Citarasa....
2 ekor ikan tenggiri kecil
1 paket kecil serbuk kari ikan
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu makan cili giling
1 sudu makan pes asam jawa
2 cawan santan pekat
2 -3 cawan air
7 biji bendi
1 biji tomato
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
3 tangkai daun kari (sekiranya ada)
Cara-cara:
Ikan tenggiri di potong-potong ikut suka hatinak berapa potong. Bawang, merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi sehingga naik bau.
Masukkan cili giling dan tumiskan sehingga garing. Masukkan serbuk kari ikan dan secawan air. Masukkan juga pes asam jawa dan daun kari sekiranya ada. Masak sehingga campuran serbuk kari pecah minyak. Setelah itu masukkan santan dan air. Pada waktu ni terpulang pada sendiri, samaada nak banyak kuah atau sikit.
Masukkan bendi yang telah di potong pangkal dan hujungnya. Masak sehingga bendi menunjukkan tanda bertukar warna. Masukkan pula ikan tenggiri. Tunggu sehingga mendidih dan mata ikan nampak keputihan. Masukkan pula tomato yang di belah empat dan perasakan dengan garam dan gula.
Selepas itu, bolehlah di angkat. Sedap sangat di buat lauk tengahari dan makan malam. nak masak kari ini pelbagai ikan boleh di gunakan. Hanya tukar jenis ikan dan ikut resepi biasa ini saja. Jadilah masakan kari yang sedap. Boleh juga makan dengan roti.
Ikan yang sesuai di buat kari biasanya selain tenggiri adalah tongkol, cencaru dan pelbagai ikan jenis isi keras yang lain. Ikan kembung agak tak sesuai. Inilah resepi mudah cara aku. Kalau ikut mak aku, serbuk kari tu di bancuh dengan air asam jawa. Aku terus masuk sahaja. Itu jelah bezanya.
Nak tengok banyak lagi resepi di blog ni... klik SINI
p/s: Resepi biasa tapi rasa luarbiasa sedapnya, tak gittew... :)
p/s: Resepi biasa tapi rasa luarbiasa sedapnya, tak gittew... :)
sedap sedap
ReplyDeleteSedapnya..bila masak sendiri memang puas hati..Murni suka letak bendi banyak2..sedap
ReplyDelete