27 November 2018

Resepi Cekodok Bawang Ikan Bilis

Hari ini nak tunjuk sikit resepi kuih orang kampung yang orang kata bodoh-bodoh jer. Tapi rasanya sedap dan menyelerakan iaitu cekodok bawang ikan bilis. Bila dapat makan cekodok bawang ikan bilis ni, selagi tak habis tak berhenti nak mengunyah. Itu sebab aku jarang buat. Penuh dan padat dengan tepung, terbabas diet dibuatnya.

Cekodok Bawang Ikan Bilis
Cekodok Bawang Ikan Bilis

Sesekali  makan untuk melepaskan rasa kempunan tu tak apa lah. Bolehlah mengimbau kenangan makan di kampung waktu pagi nak ke sekolah atau di waktu petang apabila hujan tak berhenti. Bila hujan petang dan tak boleh pergi ke mana-mana dan beraktiviti, perut lapar memanjang di buatnya.



Sarapan dan minum petang orang kampung yang lazat dan mengenyangkan ini cara membuatnya amat mudah. Bahannya sangat ringkas. Cuma ada tepung, bawang, ikan bilis dan jika suka sedikit cili kering kisar. Ikan bilis itu boleh saja di gantikan dengan udang kering. Dapat udang geragau kering lagi sedap. 

Resepi Cekodok Bawang Ikan Bilis


Bahan-bahan-

3 cawan tepung gandum
Segenggam ikan bilis
3 biji bawang merah
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit untuk pewarna kuning
1 sudu makan cili kisar - Jika nak sedikit pedas
Air dan minyak masak secukupnya


Cara-cara:

Ikan bilis di buang kepala dan di bersihkan serta di tumbuk kasar. Bawang merah di hiris halus. Masukkan tepung gandum, ikan bilis tumbuk dan bawang merah ke dalam sebuah bekas.  

Gaul tepung gandum bersama bahan-bahan trsebut. Masukkan juga serbuk kunyit dan garam. Masukkan juga cili kisar jika suka adunan terasa sedikit pedas.

Seterusnya masukkan air secukupnya. Adunan seperti membuat cekodok pisang iaitu sedikit lembik tetapi masih boleh di bentuk dan di masukkan ke dalam kuali dengan menggunakan tangan.

Panaskan minyak secukupnya ke dalam kuali untuk menggoreng adunan cekodok bawang ini. Bila minyak sudah cukup panas, ambil sejemput adunan dan masukkan ke dalam kuali. 

Lakukan berulang kali memasukkan adunan sehinggga hampir penuh di kuali. Selepas itu balik-balikkan adunan apabila kekuningan dan kecoklatan. 

Apabila sudah masak, bolehla di angkat dan di hidangkan. Sedap di makan bersama sos cili. Makan begitu saja pun dah sedap sebenarnya... huhu!

Bila dah tak tau nak makan dan masak apa, inilah juadah yang aku suka buat. En. suami dan anak-anak suka dengan cekodok begini. Tapi, bila tiada kerajinan, membeli di gerai tpi jalan lah jawabnya. Tapi kalau membeli, tak dapatlah puas makan banyak-banyak. Masak juga yang puas hati.... hehe!

Nak pelbagai resepi mudah di blog ini.... klik SINI

p/s: Bukannya malas membuat tapi nak diet... Alasan yang di cari juga, hahaha!

3 comments:

  1. Petang-petang ni makan cucur sedapnya

    ReplyDelete
  2. Sarapan wajib kalau balik rumah seremban..adakala terlebih rajin racik2 udang...gantikan ikan bilis...alaaaaa...tgok dh teringinnnn

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...