05 November 2018

Mudahnya Tanam Kangkung Dalam Tapis Dan Baldi Saja.....

Ada seorang kawan baru pindah rumah, bercadang  nak bercucuk tanam sayur. Aku pun beritahulah cara tanam kangkung dalam tapis dan baldi dengan mudah seperti yang aku lihat FB. Sudah viral cara bercucuk tanam yang mudah macam ini. Tapi masih ramai yang tak mengetahui cara betul tanam kangkung dalam tapis dan baldi yang mudah sangat tu.

Mudahnya Tanam Kangkung Dalam Tapis  Dan Baldi Saja.....
Mudahnya Tanam Kangkung Dalam Tapis  Dan Baldi Saja..... 

Kangkung adalah sejenis sayur yang boleh di buat pelbagai masakan seperti kangkung goreng belacan, nasi goreng kampung, pecal, kangkung masak lemak dan macam-macam lagi. Bila tanam sendiri, boleh lah berjimat cermat dan tak perlu membeli di pasar lagi. Walaupun harga kangkung murah tapi kalau makan tanaman sendiri lebih terasa nikmatnya... huhu!



Kata orang kalau tak ada kerja atau menganggur, balik kampung tanam kangkung. Tapi apalah salahnya kalau tanam kangkung ni, sayur kangkung bukannya tak sedap. Tanam banyak-banyak, silap haribulan boleh jadi usahawan tanaman kangkung pula. Walau pulangannya kecil tapi kalau hasilnya mantap, apa nak di kisahkan.... heh!

Cara Tanam Kangkung Dalam  Dalam Tapis  Dan Baldi


-  Rendam benih kangkung dalam selama sekurang-kurangnya 24 jam dalam air paip saja.

-  Toskan benih kangkung selepas di rendam. Masukkan dalam tapis sekadar cukup-cukup saja. Tak terlalu rapat dan padat tapi jangan sikit sangat. Pastikan benih kangkung tak lolos lubang tapis.

- Letakkan tapis di atas baldi sepadan dan sesuai antara keduanya. Masukkan air paip separas memcecah dasar tapis.

- Jauhkan atau tutup tapis berisi biji benih kangkung dari cahaya selama 2 -3 hari untuk menggalakkan anak benih yang di semai tumbuh panjang.

- Jangan panik apabila pokok kangkung kelihatan tumbuh seperti taugeh. Dedahkan pada cahaya matahari untuk merangsang pertumbuhannya.

- Selepas seminggu, boleh letak baja AB di dalam  baldi berisi air. Sila alert dengan air di dalam baldi, takut jadi tempat jentik-jentik pula. 

- Seterusnya pantau jumlah air dan letaklah baja jika perlu. Dalam masa 3 minggu dan sebulan pokok  kangkung sudah sedia di petik.

Kalau rumah ada beranda, boleh susun di beranda baldi pokok kangkun ini ataupun susun berbaris di kaki lima tepi rumah. Teringin nak makan sayur kangkung boleh petik saja. Tak perlu lagi beli di pasar atau pasaraya. Satu kaedah berhemat dan berjimat pada suri rumah... huhu!

Nak lebih informasi... klik SINI

p/s: Air bertakung dalam baldi tu selain letak ubat jentik-jentik, boleh juga bela ikan laga untuk elak pembiakan nyamuk.

#pic fr google

4 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...