Makan ubat dengan cara yang betul barulah ubat berkesan untuk mengubati dan mengawal menyakit. Kalau tidak, sia-sia saja makan ubat. Makan ubat dengan cara yang betul adalah dengan mengikut arahan yang diberikan melalui pembacaan label ubat. Ini juga dapat mengelakkan kesan yang tidak diingini daripada berlaku.
Makan Ubat Dengan Cara Yang Betul, Baru Berkesan.... |
Cerita tentang cara makan ubat ini aku dapat dari seorang jiran aku. Dia memberitahu cara dia makan ubat adalah dengan cara menggigit dan mengunyah ubat sebelum di telan untuk mengelakkan tak hancur nanti rosak buah pinggang katanya. Dapat tahu cerita ini dari seorang kenalan, katanya memberitahu aku. Terkedu aku mendengarnya.... hahaha!
Terus aku membayangkan bagaimanakah aku nak memggigit ubat yang berbiji-biji yang aku makan setiap hari itu. Sudahlah pahit, banyak pula tu. Tak masuk dek akal langsung. Seperti di ketahui, ubat di jadikan bentuk tablet @biji adalah untuk memudahkan para pesakit memakannya tanpa perlu merasa pahitnya ubat.
Makan Ubat Dengan Cara Yang Betul, Baru Berkesan....
Ubat dihasilkan dalam pelbagai bentuk sediaan yang berbeza seperti tablet, kapsul, cecair, krim dan sebagainya. Bentuk sediaan yang berlainan mempunyai cara pengambilan yang berbeza. Tujuannya adalah untuk memastikan ubat bertindak terus ke atas sistem/organ tersebut. Ini seterusnya memberi kesan optimum terhadap simptom/penyakit dan mengelakkan kesan sampingan.
Kebiasaannya jika seseorang itu tidak boleh menelan ubat dalam bentuk tablet atau bijian, ada alternatif lain seperti ubat cecair atau ubat yang berbentuk serbuk. Para doktor dan ahli farmasi lebih mengetahui tentang ubat-ubatan dan cara pengambilan ubat untuk para pesakitnya.
Sesetengah pil pula telah dicipta untuk menentang asid gastrik dan hanya akan dilarutkan di dalam usus. Jadi, jika memecahkan atau membuka sarung kapsul ubat secara sembarangan adalah mampu merosakkan lapisan esofagus atau perut. Jadi, tak payahlah memandai-mandai dengan cara pengambilan ubat.
Ikut saja peraturan dan arahan yang di sertakan pada label ubat yang di beri oleh doktor atau farmasi. Ubat yang dibekalkan akan mempunyai arahan lengkap dan menerangkan kekerapan dan selang masa yang sesuai ubat tersebut perlu diambil. Kalau ubat itu perlu di kunyah atau di hisap mesti ada di tulis di situ.
Nak lebih cerita informasi di blog ini.... klik SINI
Nak lebih cerita informasi di blog ini.... klik SINI
p/s: Tak logik langsung apabila tak kunyah hancur ubat, akan rosak buah pinggang. Kalau macam tu, tak kunyah makanan lumat pun boleh rosak buah pinggang jugalah. Mana mungkin ubat sebji tu boleh melompat terus masuk dalam buah pinggang bila di telan.... hahaha!
#pic fr google
Ikut arahan dan jaga waktu mkn ubt. TAWAKKAL.
ReplyDeleteikut je instruction pharmacist.insyaallah jika kita ambil ubat dengan cara yang betul boleh membantu
ReplyDeleteThank you for sharing this info
ReplyDelete