Biasanya apabila wajah di tumbuhi jerawat, mesti di salahkan pada ketidakseimbangan hormon atau akibat tidak mencuci wajah dengan betul. Ataupun salah memilih produk penjagaan wajah juga ada di perkatakan. Namun, ketahuilah kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita bermula dari dalam. Wajah di tumbuhi jerawat di bahagian tertentu mungkin memberi petunjuk organ dalaman yang tidak sihat.
Jerawat? Kenalpasti Punca Sebenar Wajah Di Tumbuhi Jerawat.... |
Jerawat adalah satu gangguan pada wajah. Apatah lagi pembentukan jerawat yang besar berwarna kemerahan bagaikan gunung berapi yang hendak meletup. Ia bagaikan kecacatan yang tidak dapat di elakkan. Untung juga ia hanya sementara dan boleh di rawat dan menghilang akhirnya. Tapi apabila tumbuh dengan banyak dan menyakitkan. Ia akan jadi satu masaalah yang besar juga.
Apatah lagi membabitkan penampilan diri yang tidak berapa bagus. Memang boleh di tutup dengan memakai solekan yang tebal. Tapi ia tidak dapat menyelsaikan masaalah malah jerawat kemungkina akan jadi lbih teruk. Jadi kenalah berikhtiar untuk menjauhkan jerawat dari kulit wajah untuk mendapatkan krhidupan yang sihat.
Kenalpasti Punca Sebenar Wajah Di Tumbuhi Jerawat....
Ketahui dan kenalpasti punca wajah di tumbuhi jerawat dan amalkan gaya hidup yang sihat itu yang paling utama. Caranya, lakukan rutin kehidupan dengan menjaga kesihatan dalaman. Berikut adalah sedikit tipsnya.
DAHI
Jika di tumbuhi jerawat pada bahagian dahi, banyakkan meminum air masak. Jerawat di bahagian ini menandakan sistem penghadaman tidak beroperasi dengan baik dan sempurna serta kekurangan kandungan air dalam badan. Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Jauhkan minuman berkarbonat dan berkafein.
ZON T
Bahagian yang merangkumi atas kening, hidung sehingga pipi. Zon ini di ketahui sebagai kawasan paling berminyak pada wajah. Jika ada jrawat besar di bahagian ini kemungkinan sistem organ hati tidak berfungsi dengan baik. Minumlah air masak, kerana ia dapat membantu menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
SEKELILING MATA
Kawasan ini adalah bahagian wajah yang paling sensitif dan lembut. Lingkaran hitam pada mata menunjukkan ketidakseimbangan sistem buah pinggang dan nyahhidrat. Banyakkan minum air masak dan kurangkan pengambilan air manis.
PIPI BAHAGIAN ATAS
Ia bersambung terus dengan sistem pernafasan iaitu paru-paru. Jerawat bahagian ini menunjukkan udara kotor telah di sedut. Selain itu kekerapan telefon bimbit melekap di pipih mungkin menyebabkan pori-pori tersumbat. Sentiasa jaga kebersihan dan makan lebih sayur-sayuran.
PIPI BAHAGIAN BAWAH
Uniknya, ia berkaitan terus dengan kesihatan gigi. Jika mempunyai masaalah berkaitan gusi, jerawat akan lebih ketara. Amalkan menggosok gigi dengan betul dan kurangkan penganbilan air manis dan berkarbonat.
HIDUNG
Jantung bersambung dengan deria hidung. Jerawat besar menandakan tekanan darah tinggi. jauhi minuman pemberi tenaga. Kurangkan garam dalam makanan dan banyakkan pengambilan buah serta sayuran.
TELINGA
Deria ini bersambung terus dengan buah pinggang. Jerawat di bahagian telinga menandakan kurangnya meminum air masak. Lebihkan penagambilan air masak dan jauhkan garam dan kafein.
DAGU
Jika ada jerawat di bahagian dagu, ia menunjukkan masaalah di bahagian usus kecil. Ini di sebabkan diet harian yang di ambil. Jauhi makanan berunsurkan tenusu dan berminyak. Ia makanan yang tidak menepati makanan sihat dan tidak berkhasiat. Lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam menu seharian.
Jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit. Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Masalah jerawat boleh dikategorikan dari biasa kepada masalah yang teruk. Jauhi jerawat dengan menjadikan salah satu amalan pemakanan yang sihat sebagai salah satu cara kehidupan iaitu dengan minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Mudah jer... !
Nak dapatkan lebih tips dan informasi... klik SINI
p/s: Juga amalan lebikan sayur dan buah dalam diet pemakanan harian dapat merawat dan mencegah pelbagai penyakit untuk tubuh badan yang sihat. Sudah pastinya juga untuk awet muda... hehe!
now jerawat ada 2 3 ketuii kat pipi ni haa ,
ReplyDelete